Vanilla Coke Float

aFun ashriati @Mrs_ashriati
Ni selera tengah malam semalam. Cola tu dah lama beli . Eskrim nye tu yg bru semalam husband belikan. Bukan saja lambat2 upload, husband je hampir tiap2 malam sy pesan minta dibelikan eskrim vanila 🤣. Byk alasan husband i. Tak singgah kedai laa, terlupa laaa. Smlm , husband balik je dr masjid terus g kedai dan beli . Apalagi tghmalam minum sejuk2 dan bergas ni . Sedap dan kurang manis sebab beli cola zero sugar. Pemanis nye hanya eskrim vanila je laa. Rasa mcm versi vanila coke jg tp cola rasa vanila tu mcm dah tak jual kan . Finally week 12 is done ✅
Cara Memasak
- 1
Tuang cola ke dalam cawan yang berisi ais. Kemudian letak 3 sdb aiskrim vanila di atasnya. Sedia untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya

👩🍳Cola Cincau Aiskrim Vanilla
COLA ialah minuman ringan berkarbonat, berperisa vanila, kayu manis, minyak sitrus dan perasa lain juga.Cola menjadi popular di seluruh dunia selepas ahli farmasi Amerika mencipta Coca-Cola, jenama bertanda dagangan, pada tahun 1886, yang ditiru oleh pengeluar lain. (Sumber wiki)Kebanyakan COLA moden mempunyai warna karamel gelap dan dimaniskan dengan gula atau sirap jagung fruktosa tinggi. Boleh didapati dalam pelbagai jenama, tetapi Coca-Cola dan Pepsi menjadi antara yang paling popular.COLA kini bukan sahaja diminum, malahan dicampur juga dengan bahan lain untuk menghasilkan kuih muih, puding ataupun digunakan sebagai bahan masakan.Golden Apron 2023 Week12Week 12 (25 September hingga 1 Oktober):1. Sawi Pahit2. Leher Ayam3. Belimbing Besi4. COLA5. Labu Siam#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week12#Cola1620/2K


Cold Brew Coffee Coke Float
Minuman disediakan khas untuk Encik Suami Yani. Biasanya minum kopi, coca cola atau makan aiskrim secara berasingan, tapi kali ni Yani cuba gabungkan 3 bahan ini di dalam 1 gelas. Resipi asal Yani jumpa di Pinterest 🤭. Hasilnya wow, nice juga ya. Kejap rasa kopi, kejap rasa coca cola dan aiskrim.Selamat mencuba😋.#GoldenApron23 #week12


Ginger Coke – Boiled coke with ginger – Simple cold remedy – Hot drink with Coke
Golden Apron 2023 ❤️Sumber: kitchensrecipe.comSelain Sawi pahit, saya Cuba buat resepi ini dengan menggunakan bahan COLA... Di China, minuman ini dikatakan boleh melegakan selesema atau jika merasa kesejukkan.. paduan cola + halia memang serasi.. bagi saya.. jika nak tambah lemon boleh juga Ada resepi lain Yang guna lemon.. tapi saya buat Yang ini sahaja.. selepas masak Tu gas cola Tu memang dah tiada.. jadi tiadalah gas keluar masa minum cola Tu.. saya xselalu minum bergas ni sebab xberapa minat.. demi cabaran Kali ni saya Cuba hehehe Sama cerita dengan Sawi pahit itu.. 🤭#GoldenApron23#week12#cola


Cuba Libre Mocktail 🇨🇺
#cppassport Negara C.O.O.KIni ialah resipi ringkas dan mudah untuk mocktail Cuba Libre, minuman Cuba yang menyegarkan yang dibuat dengan versi bukan mengandungi alkohol.Cuba Libre bermaksud "Cuba bebas" dalam bahasa Sepanyol. Minuman itu dikhabarkan telah dicipta selepas Perang Sepanyol-Amerika, kerana itu adalah slogan gerakan kemerdekaan pada masa itu. Cuba Libre sama seperti rum dan coca cola, tetapi ia unik kerana limau nipis ditambah ke dalam adunan.Inspirasi daripada @elt4suri4


Ayam Goreng Coca Cola
#phopbylinimohd#batch21Nak masak ayam tapi tak tahu nak masak menu apa, sebabnya selang sehari pastinya ada menu ayam untuk anak anak, tapi jumpa je menu ayam goreng coca cola ni, barulah ada semangat untuk memasak dan mencuba menu baru ni, bahan bahan pun memang tersedia di rumah, cuma beli air coca cola sahaja,jadi bolehlah hantar task untuk batch 21 juga☺️


Cola Laici
Penyedap tekak waktu cuaca panas.. Sape yg kurang suka minum air coca cola begitu saja boleh try cara ne...# GoldenApron23ColaWeek 12


Dirty Coke
Kak Long pun tak tau pasai pa depa panggil dirty coke. Bila tengok resepi kat Pinterest wah.. macam best, so Kak Long pun try la. Rasa wangi coconut syrup, masam lime sedap juga. Tapi tak boleh minum selalu coke ni.#GoldenApron23


Mangga Sagu Berkrim
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 4: MOREH#GlobalApron2024#ManggaSaguDessert ni inspirasi daripada " Hye wassap gais " .. buat versi pekat . Yang cair tu dah buat petang nye tapi tak sempat nak ambil gambar semua . Buat mangga sagu ni tak susah mana pun. Sbb bahan2 dah siap. Macam sagu tu mmg dah masak siap-siap petang tu sebab nak buat koktel mangga untuk berbuka puasa ( versi cair ). Cuma koktel mangga untuk iftar mmg tak sempat2 laa nak amik gmbr semua sbb semua org busy di dapur. Maleh nak snap gambar satu persatu. Kita tinggal bahan sikit je untuk buat masa moreh sebab husband tak merasa. Setiap petang beliau iftar dekat masjid je. So Tengah malam husband balik dari masjid, terus buat koktel ni tapi versi pekat iaitu blend isi mangga. Bila dah siap buat ni kan, boleh pulak husband tak minat . Kita perabis kan laa menikmati sorang-sorang. Ni pun rasa macam tak puas makan sebab memang sedap makan dengan sagu tu, kene2 pula time ia sejuk . Nyaman anak tekak.


Agar-agar Coca Cola (R229)
#GoldenApron23. Week 12Salam semua. Minggu ini saya buat masakan simple dengan minuman favorit kami ‘Coca Cola’Cuba ya! Mudah, cepat dan enak tauuu!


Bandung Soda Float
Panas ting ting ni pekena air bandung soda float..pergghh..nyaman & segarnya rasa tekak..dengan limpahan aiskrim tu..segelas memang tak cukup laa 😍😋👍


👩🍳Apam Cola Biscoff
Pilih resipi ini untuk kukus Apam Cola. Hasilkan 30 biji apam , Hanya 3 biji saja apam mekar, yang lain tidak😊.Kadang2 pening memikirkan kenapa apam tak mekar. Ada masa elok je mekar.. tapi selalunya tak mekar. Kalau lihat semasa mix dengan cola, bukan main lagi berbuak gas, ingatkan nanti hasilkan apam kembang mekar, tetapi tidak! Memang bukan fungsi cola pun… 🤔Kredit resipi: Citarasawan 🌹, ganti serbuk oreo dengan serbuk biscoff.Golden Apron 2023 Week12Week 12 (25 September hingga 1 Oktober):1. Sawi Pahit2. Leher Ayam3. Belimbing Besi4. COLA5. Labu Siam#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week12#Cola1627/2K


Ayam Coca Cola
Lain macam kan resipi ni😁.. OMG😯 coca cola mimuman bergas boleh masak dengan ayam WOW amazing sangat😁 wajib cuba, tak cuba rugi tau..Seakan masak kicap warnanya kan.. Cantik warna ayam tu berselera terus nak rasa😋😋Sedap dan lazat.. Nanti boleh buat lagiTq sis laling @ika_umiyayi share resipi idea best ni..Ada bahan yang ditambahkan di dalam resipi ni.. Ada bahan yang tak ada.. Teknik masak sedikit beza je, saya goreng sebentar ayam tu dahulu.. Janji mantap hasilnya👍☺️Cookbook Meal Plan challenge#MealPlan


8. Kepak Ayam Masak Coca Cola
بسْم الله والحمد الله ...Entah dulu tengok kat mana resipi ni. Tapi tetap terima kasih laa pada Tuan asal yang share resipi tu. Coca cola ni dah lama saya tak minum. Yang selalu minum air gas kat rest segera hidang tu selalu pilih air stoberi.#goldenapron2020


Ayam masak coca-cola
Coca cola sentiasa Ada dirumah bukan bererti family pengemar cola tapi sebab setiap hari abg balik mesti bawa air cola atau air manis 2 tin. sebabnya company mereka memang Akan bagi setiap hari untuk lunch😂 ..Yang abg ni xsuka jadi air tin boleh dikatakan penuh atas almari baju dia..kalau cuti2 atau orang datang rumah biasanya Kami bagi tetamu minum sebab kami sekeluarga tak berapa akan air bergas macam Coca cola tapi sebab Ada Dalam list golden apron week12 jadi Ari ni Kita guna untuk masak.resepi penuh dibawaweek12#GoldenApron23#teamcocacola


Lime Squeeze Cola
281/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1676 #pejuang2kresipiNi sekadar idea untuk bagi perabih stok air coca cola yang dibeli seminggu sudah untuk GoldenapronApron Week12🤭.Kaedah untuk minum, squeeze lime tu ke dalam cola dan minum. Ala2 cocktail yang matsal minum tepi pantai letuu gamaknya yer 😬


Cola Cincau
254/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1649 #pejuang2kresipi❤️ Golden Apron 2023 ❤️#GoldenApron23 #Week12 #TeamColaResipi ringkas je. Jika ada yang tanya apa rasa air ni. Hakak just boleh jawab, rasa cola biasa je. Cuma kena mengunyah cincau dan ada bauan pudina sedikit apabila meminumnya 😋


Susu Kurma Bersama Aiskrim Vanilla
Cuaca sekejap panas sekejap mendung je hari ni. Jemuran pun sekejap dibawa keluar rumah sekejap dibawa masuk ke dalam rumah. Akhir nya saya sendiri yang kepenatan. Ingatkan nak rehat hari ni. Hari ni saya tangguh dulu kerja-kerja menjahit kerana sakit belakang asyik duduk menjahit. Suami kata rehat lah dulu esok lusa boleh sambung menjahit lagi. Aduh! Bila dah menjahit, memang payah benar nak berenggang dengan mesin jahit. Seolah-olah ada magnet yang melekatkan badan saya dengan mesin jahit tu. Kadang perut pun tak dialas dengan makanan. Lapar dan haus tolak ke tepi tetapi tugas-tugas rumah yang lain saya tak boleh abaikan. Sudah menjadi tanggungjawab saya. Memang dasar tak boleh duduk diam dalam otak berlegar-legar nak buat itu, nak buat ini. Teringat pada cabaran kek batik pun belum lagi ditunaikan. Mungkin kejap lagi nak godek-godek bahan-bahan di dapur. Kalau cukup, kira ON ☺️ tapi sebelum tu nak basahkan tekak dengan minuman susu kurma bersama aiskrim vanilla.


👩🍳Chicken Wings Coca Cola
Masak guna cola? Pertama kali cuba.. Hasil akhir masakan tak ada pun rasa coca cola😊. Rasanya seperti masakan biasa sahaja.Kalau dilihat bahan dalam coca cola yang paling utamanya ialah gula.. dan apabila ianya carbonated, bererti ia membebaskan gas ( lebih tepatnya gas CO2)Terujanya mungkin apabila memasukkan coca cola dalam masakan, ianya berbuih gas. Selepas seketika gas menghilang, buih pun hilang. Yang kekal ialah ‘manis’ masakan itu. Apa2 pun sekurang2nya sudah mencuba memasak menggunakan cola💪. Jom cuba…Golden Apron 2023 Week12Week 12 (25 September hingga 1 Oktober):1. Sawi Pahit2. Leher Ayam3. Belimbing Besi4. COLA5. Labu Siam#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week12#Cola1623/2K


Fanta Float
Baru ni anak bujang dapat hampers, ada air fanta strawberry sekali dalam dia. Dah berapa hari tengok tak ada sapa yang nak minum. Jadi mak pun buat la air Fanta Float ni, ehhh laju pulak anak-anak nak minum. Saje je kan, mungkin boleh baca kot mak akan buat apa ngan air tu. Kejap je habis diorang minum. Alahaiiiii anak🤦♀️


Ais Krim Vanilla
#goldenapron2020#phopxcookpad2020Buat sendiri ais krim? Apa salah mencuba kan.. Rasa sedap macam beli kat kedai. Dah tak perlu nak beratur panjang-panjang kat kedai semata-mata nak beli ais krim. Macam-macam rasa boleh dicuba. Tapi kali ni, saya buat perisa Vanilla. Sedap dan harum je baunya.


Air Ribena Soda Longan
Masak Apa Purple? Saya tak masak tetapi saya membuat air Ribena kerana warna buah blackcurrant juga warna purple. Inspirasi daripada @dapurdee tetapi saya tidak menggunakan sirap Ribena sebab itu warna nya kurang gelap kerana dicampurkan dengan air aiskrim soda dan sirap longan. Dah lama sebenar nya nak cooksnap resipi Mahadiah ni tetapi asyik tak kesampaian.


Ayam Masak Coca Cola
#GoldenApron23Akak cuba jugak resepi Ayam Coca-Cola viral ni.Sebelum masak tu curious jugak rasanya macam mana nanti.Tapi bila dah siap masak, hmmm not bad lah. Elok ja rasanya, x de yang pelik pun.So sapa-sapa yang teringin boleh la cuba buat.


Iced cappuccino munchy's
Ni namanya kopi buang tebiat 😂😂😂. Main buat eksperimen je . Tp rasa not badddd. Nak lagi sedap bubuh laa sikit susu pekat. Sy buat ni versi tak manis . Nak buat rasa2 je sambil layan marathon kdrama 😋


Shirley Temple Sirap Sarawak Mocktail (Sirap Grenadine)
#cooksnap dari @sasha_sabrinaNak buat sendiri Grenadine ni senang je. Perah buah delima dan campur gula. Tapi nak perah fresh tu sakit jugak la poket kan sebab buah delima mahal dan sikit sangat juice nya bila diperah sebiji. Kalau ada yang tanam tu best sebab boleh la buat sendiri.


Telur Mata Spring Onion
Husband balik dr masjid lapo dan nak makan nasi putih dgn telur mata kicap laa . So kita upgrade sikit letak daun bawang dan seriously memang sedap. Apalagi kalau lapar tengah malam, masak lauk ni je sis ku .


Coconut Shake Seada nya
Minuman kegemaran saya ketika saya masih lagi belajar di Kolej Pergigian di Pulau Pinang. Setiap kali ada pasar malam di belakang jalan asrama kami. Saya memang tak pernah lupa membeli air coconut shake ni. Pendek kata kalau boleh hari-hari dapat minum coconut shake tetapi pasar malam cuma ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.Malam-malam pun masih terasa bahang panas nya, tekak terasa nak minum yang sejuk. Minum segelas memang tak cukup memang ketagih dengan rasa nya yang sedap tu.


Coconut Shake Float
Jiran kakak bagi 3 biji kelapa muda...terfikir dan macam rajin jer nk mencuba buat coconut shake yg pernah viral satu ketika dulu...kt kg akk dipasar malam hanya RM3 jer untuk 1 gelas plastik...kalau di KeyL & Selangor akk pernah beli cecah harga sampai 5-6 hingget...Siapa yg ada pokok kelapa jom lah buat...sedap dan mudah jer cara2 nya...❤️#MakeEverydayCookingFun(9/2025)


Mango Shake
#bonusair #goldenapronHari tu pergi pasar borong berdekatan rumah. Ada bahagian 'Reduced To Clear'. Nampak mangga pisang yang dah overripe, siap ada kedut-kedut. Tapi bau harummm. Beli jugak la 7-8 biji dan kos nya tak sampai Rm5. Lepas tu beli aiskrim vanilla jugak.Balik rumah, kita recreate semula Mango Shake yang selalu jual kat Malaysian Thai Fair tuuuu... Selamat mencuba!


Soda Gembira Aiskrim Vanila
#bonusair #goldenapron #saturesepisatupohon Saya suka minum air bandung walaupun sebenarnya saya x suka minum susu.Tapi disebabkan rasa sirap dlm tu menghilangkan rasa susu tu so saya bolehlah minum.Tambah pula bila dicampur dgn air aiskrim soda mmg sedap diminum.Tambahkn satu skop aiskrim vanilla utk rasa yg nyaman.😍

Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/17095299
Komen (3)