Nasi Briyani Ayam

Resipi ini resipi shortcut from my mum in law menggunakan rice cooker.
Nasi Briyani Ayam
Resipi ini resipi shortcut from my mum in law menggunakan rice cooker.
Cara Memasak
- 1
Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan untuk minimum 1 jam.
- 2
Beras Basmathi hendaklah direndam untuk 30 minit. Ratio beras kepada air 1:1 1/2 cawan.
- 3
Sediakan bahan tumis. Tumiskan rempah-rempah dahulu dengan mentega hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris halus dan tumis hingga kekuningan.
- 4
Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan gaul sebati dengan bahan tumis. Biarkan masak pada api rendah untuk 10minit atau hingga ayam lembut dan isinya masak.
- 5
Selepas 10 minit, masukkan serbuk briyani masala, tomato dan yogurt dan gaul sebati. Masak untuk 5 minit hingga tomato lembut. Tambahkan garam secukup nya.
- 6
Kemudian masukkan ayam yang telah dimasak tadi ke dalam periuk nasi beras basmathi yang telah direndam dengan sukatan air 1:1 1/2 cawan. Gaul sebati dan masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi.
- 7
Siap! Sedia untuk makan tengah hari. 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



















Komen (5)