👩‍🍳Garlic Prawns🇦🇺

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Resipi Udang Bawang Putih ini ialah hidangan dari Negara Australia. Hidangan yang sangat mudah dengan bahan yang senang didapati.Di Australia selalunya masakan ini menggunakan King Prawns.

Sedap dibuat lauk dan juga makan seperti salad; udang dengan sayur seperti timun dan carrot.

Beberapa tips untuk goreng udang bawang putih terbaik:

* Guna bawang putih cincang, jangan guna yg kisar.
* Guna udang saiz besar, udang segar atau udang frozen pun boleh.
* Goreng dengan cepat. Jangan overcooked.Jangan lebih 6 minit.
* Goreng berperingkat jangan penuh kuali.
* Masak pada suhu tinggi dan kuali saiz besar.
* Guna penyepit bukan spatula.
* Boleh guna butter dan sedikit minyak kerana jika guna butter sahaja cepat hangus.
* Gunakan banyak lemon kerana makanan laut sangat sesuai dengan perahan lemon.

Credit recipe: Australiabestrecipe🌹

🌎NegaraHurufA-Australia-resipi 3/11
#cppassport

👩‍🍳Garlic Prawns🇦🇺

1 komen diterima

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi
    Kongsi

    Ramuan

    20 minit
    3 orang
    1. 10ekor Udang saiz besar
    2. 1sb minyak zaitun
    3. 3 ulasbawang putih - cincang
    4. 1st garam
    5. 1/4 cawanwhite wine (ganti cuka)
    6. 1sb butter
    7. 1st lada hitam

    Cara Memasak

    20 minit
    1. 1

      Masukkan minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan cuka dalam mangkuk.

      Masukkan udang dan gaul rata.

      Panaskan butter; masukkan udang dan goreng pada suhu tinggi selama 4-5min/ sehingga udang masak.

    2. 2

      Angkat dan tos air.

      Siap untuk dihidang dengan sayur seperti timun dan carrot. Perah lemon jika suka.

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi

    Cooksnap

    Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

    Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
    Cook Today
    Mahadiah
    Mahadiah @dapurdee
    pada
    Kuala Lumpur, Malaysia
    👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
    Baca lagi

    Komen

    Resipi Sepertinya