Armenian Boreg Cheese /Puff Pastry Armenia 🇦🇲

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

❤Negara Bendera Jingga : Part 1
#BenderaOren1

Boereg,Borag,Borek atau Boreg adalah nama yang sama bagi Puff pastry Armenia.Ia merupakan makanan yang popular di Armenia dengan pelbagai isi didalam puff seperti daging atau sayur- sayuran.Bagi kebanyakan orang Armenia, borag keju/Boreg Cheese adalah makanan pembuka selera yang sedap.
Kali ini hakak buatkan Armenian Boreg Cheese sayur dan sedikit perasa paprika.Sedap rangup dan rasa lemak masin seakan2 makan pizza cheese.
Jika ikut resepi ia menggunakan cheese feta tapi hakak xada cheese feta hakak gantikan dengan cheddar cheese je.😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawanmozarella cheese
  2. 1/2 cawancheddar cheese
  3. 6 kepingpuff pastry frozen
  4. 3 batangdaun pasley-hiris halus
  5. 1/4 sudu tehgaram(secubit sudah memadai sebab cheddar dh masin)
  6. 1 sudu tehpaprika
  7. Bahan sapuan:
  8. 1biji telur
  9. 1sudu besar susu full cream
  10. Setitis pewarna kuning
  11. 1sudu bijan hitam dan putih untuk ditabur

Cara Memasak

  1. 1

    Parut cheddar cheese dan satukan dengan mozarella cheese dalam mangkuk.masukkan hirisan daun pasley dan garam serta paprika.Gaul sebati.

  2. 2
  3. 3

    Ambil puff pastry dibelah dua menyerong/segitiga kemudian isikan cheese dan klim kemas dengan menggunakan garfu.

  4. 4

    Dah siap isi inti dalam pastry puff,alas tray dengan aluminium foil,sapukan sedikit marjerin dan susun puff yang sudah siap.

  5. 5

    Mix sebiji telur dengan 1 sudu susu full cream dan setitis pewarna kuning sapukan atas permukaan puff.taburkan bijan hitam dan bijan putih.Bakar dalam oven suhu 180°c /200 ° c selama 30 minit atau sehingga keperangan.

  6. 6

    Siap bakar sejukkan seketika.Boleh dinikmati bersama keluarga.👍😋😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Resipi Sepertinya