Sup ayam simple

Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991

Asal sup ni memang cara masak saya sendiri kat rumah . tapi kalau cukup bahan² sup lebih sedap lagi .. tapi ini saya mengunakan apa yang ada kt fridge je . takde mengunakan sup bujut. cuma guna kiub pati ayam . masak sup ayam simple makan tengahari 😋🐔

Sup ayam simple

Asal sup ni memang cara masak saya sendiri kat rumah . tapi kalau cukup bahan² sup lebih sedap lagi .. tapi ini saya mengunakan apa yang ada kt fridge je . takde mengunakan sup bujut. cuma guna kiub pati ayam . masak sup ayam simple makan tengahari 😋🐔

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
4 orang
  1. 1/2 kgAyam
  2. 4 ulasbawang putih
  3. 3 ulasbawang merah
  4. Halia 2 inci setengah
  5. Kayu manis 1 patah jd 2
  6. 2biji Bunga lawang
  7. Buah pelaga 2 biji
  8. bunga cengkih 2 biji
  9. Tambahan sayuran dan hiasan
  10. 1lobak dipotong bulat
  11. 2biji kentang di potong serong jadi 4
  12. 1cili merah potong
  13. Sedikitbawang goreng

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Sediakan bahan yang digunakan. *Halia tu saya tambahkan lagi untuk dimasukkan sedikit dalam rebusan ayam.

  2. 2

    Masukkan ayam dan biarkan mendidih sekejap.masukkan halia yang ditumbuk sedikit kedalam rebusan ayam tadi

  3. 3

    Biarkan rebusan ayam mendidih.tuup dengan tudung periuk

  4. 4

    Tumbukkan bahan bawang putih.merah dan halia sampai lumat sedikit

  5. 5

    Panaskan kuali. masukkan sedikit minyak masak untuk menumis bahan ditumbuk tadi bersama dengan 4 sekawan.gaul sebati. besarkan sedikit api semasa gaul

  6. 6

    Rebusan ayam tadi sudah separuh mendidih, masukkan kentang biar kan sampai kentang hancur sedikit

  7. 7

    Dalam masa yang sama gaul tumisan bawang tadi sehingga keperangan (bukan hangus ye)

  8. 8

    Cucuk kentang mengunakan garpu *tanda kentang sudah masak dia licin dan jatuh cepat baru masukkan lobak merah dipotong bulat.biarkan lobak merah masak sekejap

  9. 9

    Masukkan bahan tumisan tadi kedalam periuk sup ayam tadi.gaul sebati

  10. 10

    Last masukkan 2 ketul kiub pati ayam dan sedikit perasa manggi* ikut rasa masing²* gaul sebati sehingga mendidih dan tutup kan api

  11. 11

    Sedia dihidang letakkan hirisan cili merah dan sedikit bawang goreng tapi kalau ada daun sup lebih sedap lagi. ini hanya mengunakan bahan yang ada dalam peti sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991
pada
suka masak untuk mak dan ayah walau tak seberapa . penting dorang bahagia dan saya pun happy 🙂practise sebelom bergelar isteri nanti dan sebagai rujukkan sendiri masak untuk bakal suami dan anak² nanti.. 🤲👩‍🍳🍳👍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya