Nasi Daging Air Asam Kerisik

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17

❤️Berbuka Ala Utara❤️
Nasi daging air asam ni Simple je sebenarnya..
Hidangan ni antara yang terkenal juga di sebelah negeri di utara Semenanjung..

Nasi Daging Air Asam Kerisik

❤️Berbuka Ala Utara❤️
Nasi daging air asam ni Simple je sebenarnya..
Hidangan ni antara yang terkenal juga di sebelah negeri di utara Semenanjung..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
9-10 orang
  1. 5pot beras Basmathi (basuh,dan di toskan)
  2. 1/2kilo daging(potong kecil,rebus sampai empuk)
  3. Air rebusan daging mengikut sukatan beras
  4. 3sudu besar rempah sup(dibancuh dengan sedikit air)
  5. Rempah 3 sekawan(kulit kayu manis,pelaga,bunga lawang)
  6. 2sudu besar minyak sapi
  7. 2sudu besar minyak masak
  8. 1biji bawang besar (hiris biasa)
  9. 2 ulasbawang putih (hiris biasa)
  10. 1inci halia (hiris biasa)
  11. 1 batangserai (diketuk)
  12. 1 helaidaun pandan (di simpul)
  13. 1 1/2sudu kecil garam
  14. 1/2kiub ayam
  15. Sedikitdaun bawang dan daun sup
  16. Bahan untuk sup
  17. Sedikitpes bahan nasi daging
  18. Air rebusan daging
  19. Garam secukupnya
  20. Daunsup secukupnya
  21. 1/2biji tomato potong dadu (optional)
  22. Air Asam Kerisik
  23. Resepi di sini 🌷❤️

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Letakkan minyak sapi dan minyak masak..tumis rempah 3sekawan..bawang merah dan putih..hakis..dan daun pandan sampai naik bau..
    Kemudian masukkan rempah sup yang telah dibancuh dgn sedikit air..masak sampai rempah masak..ketepikan dulu..

  2. 2

    Masukkan air rebusan daging ke dalam beras ikut sukatan..contoh..Alin pkai 5pot..so Alin lebihkan air rebusan 5pot stgh..masukkan rempah yang di masak tadi..
    Tetapi tinggalkan dalam 1 sudu besar pes tadi untuk dimasukkan ke dalam sup..kemudian masukkan sekali dengan isi daging yang telah direbus..perasakan dengan kiub dan garam..kcau sebati.. kemudian boleh masak ke dlm rice cooker macam biasa

  3. 3

    Apabila nasi dah masak..taburkan ke atas nasi dengan sedikit hirisan daun sup dan daun bawang.. gemburkan..

  4. 4

    Untuk Sup:
    Lebihan air rebusan tadi..di campurkan dengan pes sup..daun sup dan tomato..perasakan secukup nya..kacau sebati..kemudian boleh tutup api..

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
pada
A recipe has no soul. You, as the cook must 𝙗𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙪𝙡 to the recipe - Thomas Keller-Memasak adalah minat alin yang kedua..Minat utama adalah aktiviti seperti hiking, zumba, dan jogging. Kebanyakan resepi alin.. Adalah dari resepi alin sendiri, dari family dan family mertua, dan dari rujukan sumber socmed seperti YouTube, Blog, Apps, dan Facebook. Setiap orang ada seni dalam setiap masakan.. Alin enjoy duduk dalam komuniti cookpad.. Di mana alin boleh explore lagi ilmu tentang masakan👍👍👍
Baca lagi

Komen (3)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pagi2 tengok resipi ni. Ya ampun, sedapnya 🤤🤤🤤

Resipi Sepertinya