Coconut Shake

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Inspirasi daripada @sambaldope terima kasih 🥰 untuk berbuka puasa semalam. Buah kelapa muda disedekah mak mertua terus terfikir nak buat coconut shake kerana cuaca panas lit-lit. Memang puas buat sendiri daripada beli di luar.

Coconut Shake

Inspirasi daripada @sambaldope terima kasih 🥰 untuk berbuka puasa semalam. Buah kelapa muda disedekah mak mertua terus terfikir nak buat coconut shake kerana cuaca panas lit-lit. Memang puas buat sendiri daripada beli di luar.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 bijiair kelapa muda
  2. 2 bijiisi kelapa muda
  3. 3-4 cawanketulan ais
  4. 3-5 sudu besarsusu pekat manis (boleh tambah jika nak lebih manis. Bergantung juga kepada manis nya air kelapa tersebut)
  5. secukup nyaAiskrim vanilla
  6. Sedikitmilo/chocolate rice (untuk tabur/hiasan - optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan isi kelapa muda, air kelapa muda ke dalam blender.

  2. 2

    Masukkan ketulan ais, susu pekat manis dan aiskrim vanilla ikut suka nak banyak mana. (Ikut selera masing-masing)

  3. 3

    Kisar hingga halus. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan aiskrim vanilla serta ayakkan sedikit milo di atas nya.

  4. 4

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
selamat berpuasa juga ya kak ❤️🤗

Resipi Sepertinya