Puding Karamel Telur

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Beat The Heat

Puding paling kerap dibuat sebab kegemaran anak2 Uchu dan puding yang mudah. Anak-anak Uchu suka versi telur.

Puding Karamel Telur

47 orang bercadang membuatnya

Beat The Heat

Puding paling kerap dibuat sebab kegemaran anak2 Uchu dan puding yang mudah. Anak-anak Uchu suka versi telur.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

Loyang saiz 8 inci
  1. 10 bijitelur
  2. 1 tinsusu pekat
  3. 1 tinair/fresh milk
  4. 1-2 sudu tehesen vanila
  5. Caramel
  6. 6 sudugula pasir

Cara Memasak

  1. 1

    Taburkan gula pasir atas loyang nipis dan rata. Panaskan loyang secara terus atas api dapur menggunakan api perlahan. Apabila gula mencair dan sedikit perang, lenggangkan loyang supaya caramel rata sehingga mendapat warna caramel yang disukai tetapi janganlah terlalu gelap supaya tak rasa pahit. Ketepikan.

    P/s: pada gambar utama, Uchu buat sebiji caramel dengan 30 biji telur, loyang besar.

    Sila rujuk langkah pada resepi terdahulu..

  2. 2

    Pecahkan telur dalam mangkuk besar. Kacau perlahan bersama esen vanila sehingga kuning dan putih telur tercampur sahaja. Tak perlu kocok sampai berbuih pun.

  3. 3

    Tambahkan air/fresh milk, susu pekat Kacau rata. Tak perlu sampai berbuih.

  4. 4

    Tapis dan tuang atas caramel. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 50 minit - 60 minit.

  5. 5

    Sejukkan. Masukkan dalam peti sejuk 4-5 jam, sampai sejuk. Kirai, terbalikkan atas pinggan yang sesuai.

  6. 6

    Puding caramel tanpa telur:

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya