Siakap Bakar Sambal

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#462/37/2022
(Week 3) IKAN BAKAR
#AnyOneCanCookFish
:
Ikan Masak Sambal ni k.ha masak tengahari tadi.K.ha suka guna Ikan Siakap,selain segar,isinya tebal,lembut dan manis.Tak guna daour arang pun,bakar atas kuali leper,guna dapur gas sahaja.Senang ,cepat dan mudah
Nak bagi wangi k ha lapik guna daun pisang.Letak sambal bunga kantan homemade,,tabur pula daun kunyit dan daun kesom "sedak sengoti supo makey kat restoran ikan bakar "(sedap sungguh macam makan kat restoran ikan bakar).

Siakap Bakar Sambal

#462/37/2022
(Week 3) IKAN BAKAR
#AnyOneCanCookFish
:
Ikan Masak Sambal ni k.ha masak tengahari tadi.K.ha suka guna Ikan Siakap,selain segar,isinya tebal,lembut dan manis.Tak guna daour arang pun,bakar atas kuali leper,guna dapur gas sahaja.Senang ,cepat dan mudah
Nak bagi wangi k ha lapik guna daun pisang.Letak sambal bunga kantan homemade,,tabur pula daun kunyit dan daun kesom "sedak sengoti supo makey kat restoran ikan bakar "(sedap sungguh macam makan kat restoran ikan bakar).

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 1 ekorIkan Siakap (buang sisik,cuci bersih,toskan.Potong 2)
  3. Bahan B :
  4. 1 gelasAir Tapis (untuk kisar bahan)
  5. 3-4 batangLada Merah
  6. 5 batangCili Padi Merah
  7. 3 kepingHalia
  8. 5-6 bijiBawang Merah
  9. 3-4 ulasBawang Putih
  10. 2 batangSerai (ambil bahagian putihnya sahaja)
  11. 1 camcakecil penuh Serbuk Kunyit
  12. 1 batangBunga Kantan (saiz S)
  13. Bahan C:
  14. 1 helaiDaun Pandan disimpul (optional)
  15. Bahan Lain:
  16. 4 camcabesar/secukupnya Minyak Masak
  17. 2 camcabesar Pes Asam Jawa Adabi
  18. 3 camcakecil KFC Garam Himalaya
  19. 2 camcabesar Gula Perang CSR
  20. 2 helaiDaun Pisang (cuci bersih,lap kering)
  21. Bahan tambahan:
  22. 1 helaiDaun Kunyit,gulung,potong halus (optional)
  23. DaunKesom secukupnya (untuk taburan)

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan-bahannya
    Belah sedikit bahagian belakang ikan.

  2. 2
  3. 3

    Potong kecil semua bahan B kecuali serbuk kunyit.
    Campur semua bahan,,kisar halus.

  4. 4

    Panaskan minyak masak,tumis daun pandan hingga naik bau.
    Masukkan bahan kisar bersama pes asam jawa dan gula perang,tumis hingga pecah minyak.
    Masukkan garam himalaya,kacau rata.
    Seimbangkan rasa biar cukup masin,manis dan masamnya.Ketepikan.

  5. 5

    Panaskan kuali leper non stick.
    Letak daun pisang.
    Letak 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan daun kesom.
    Letak sambal secukupnya.

  6. 6

    Letak ikan.
    Sumbat sambal pada bahagian belakang dan perut ikan.Lumur rata di bahagian atasnya juga.
    Tabur baki daun kunyit dan daun kesom.

  7. 7

    Lapik dengan 1 lagi daun pisang.Tutup kuali dengan penutupnya.
    Masak dengan api kecil.

  8. 8

    Balikkan ikan (pastikan isi ikan di bahagian bawah masak - isi berwarna putih).
    Bakar ikan hingga masak sepenuhnya.Siap.
    Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama nasi putih.

  9. 9
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya