Apam Nasi (Tepung Beras)

Ida
Ida @iida_1921

Alhamdulillah hujan rahmat lagi hari ni. Hujan-hujan macam ni sedap jugak kalau dapat makan kuih2 kampung dengan kopi-O kan. Dah seminggu Ida simpan resepi dari @Qasif3 ni tapi baru harini berkesempatan untuk mencuba resepi ni. Mengikut resepi asal @Qasif3 adunan perlu diperap 2 jam tapi kerana ida jenis tak sabar nak tunggu maka ida hanya perap 45minit tapi kejadian apam masih gebu walaupun agak padat sedikit mungkin sebab kurang perap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
5-7 orang
  1. 2 cawannasi sejuk
  2. 2 cawantepung beras (cap erawan)
  3. 2 cawantepung gandum (tepung ros)
  4. 2 1/2 cawanair
  5. 1 1/2 cawangula putih
  6. 1 peketyis kering brand mauripan (11gram)
  7. 1 cawankelapa parut (bahagian putih sahaja)
  8. Garam

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Kisar nasi, gula dan air sehingga halus.

    Dalam bekas lain campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis dan gaul sebati.

    Masukkan nasi yang telah dikisar tadi kedalam campuran tepung dan perap selama 2 jam(mengikut resepi asal) tapi saya perap 45minit sahaja.

  2. 2

    Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum adunan dikukus. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan tuang adunan 3/4 dari acuan (saya guna acuan lompang)

    Kukus selama 15-20 minit dan ulang sehingga adunan habis dikukus.

  3. 3

    Kukus kelapa parut dalam 5-10 minit dan gaul bersama sedikit garam.

    Setelah kuih sejuk boleh la dimakan bersama kelapa parut dan secawan kopi-O 😋

    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ida
Ida @iida_1921
pada

Komen (11)

QASEH HANI
QASEH HANI @NurHani_2021
Salam , tumpang tanya.
Sukatan Resepi ni bole dpt dlm bape cup merah tu ye?

Resipi Sepertinya