👩🍳Kek Sarang Semut

Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut… memang kek legend. Tak pernah buat walaupun sekali seumur hidup. Selalunya beli je, lagipun bukan sangat suka kek ini, berbanding kek yang lain🤭
Oleh kerana ada challenge dan juga meraikan kek yang wujud zaman nenek moyang kita, maka saya cuba lah juga buat pada hari terakhir challenge🤗
Cara nak buat kek klasik ini saya kenalah
follow rapat-rapat resipi-resipi cookpader yang biasa buat. Cooksnap supaya tradisi turun temurun ni tak lenyap begitu je.
Gabungan panduan dan tips dua cookpader hebat ini menghasilkan kek sarang semut yang bersarang cantik sebiji macam sarang semut, lembut teksturnya dan sedap rasanya, walaupun kali pertama mencubanya!
Kuantiti Bahan2 follow minsha sebab nak makan sikit sahaja, kaedah pula follow leen dan sedikit minsha.. meletop!
Inspirasi resipi MinSha
@sasha_sabrina dan Leen @airtangan_ummirizqi Tkasih🌹
Jom shaz buat ikut resipi ni 🤗@nur_shazrina
#kekgulahangus
#keksarangsemut
#pejuang2KResipi
1153/2K
👩🍳Kek Sarang Semut
Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut… memang kek legend. Tak pernah buat walaupun sekali seumur hidup. Selalunya beli je, lagipun bukan sangat suka kek ini, berbanding kek yang lain🤭
Oleh kerana ada challenge dan juga meraikan kek yang wujud zaman nenek moyang kita, maka saya cuba lah juga buat pada hari terakhir challenge🤗
Cara nak buat kek klasik ini saya kenalah
follow rapat-rapat resipi-resipi cookpader yang biasa buat. Cooksnap supaya tradisi turun temurun ni tak lenyap begitu je.
Gabungan panduan dan tips dua cookpader hebat ini menghasilkan kek sarang semut yang bersarang cantik sebiji macam sarang semut, lembut teksturnya dan sedap rasanya, walaupun kali pertama mencubanya!
Kuantiti Bahan2 follow minsha sebab nak makan sikit sahaja, kaedah pula follow leen dan sedikit minsha.. meletop!
Inspirasi resipi MinSha
@sasha_sabrina dan Leen @airtangan_ummirizqi Tkasih🌹
Jom shaz buat ikut resipi ni 🤗@nur_shazrina
#kekgulahangus
#keksarangsemut
#pejuang2KResipi
1153/2K
Cara Memasak
- 1
Siapkan gula hangus terlebih dahulu.
Panaskan kuali masak gula sehingga mencair dan keperangan dengan kadar api yang kecil.
Tuangkan air panas perlahan-lahan dan kacau sebati sehingga betul-betul larut. - 2
Matikan api dan masukkan butter kacau hingga butter mencair.ketepikan.
- 3
Campurkan telur,susu pekat dan esen vanila,mix sekadar sebati.
Masukkan tepung yang siap diayak bersama baking powder dan soda bikarbonate kedalam adunan telur dan mix sebati.
- 4
Tuang air gula hangus perlahan-lahan dan mix lagi.Air gula hangus mesti betul2 suam (bukan panas). Campurkan adunan lama sedikit untuk dapatkan rongga yang cantik.
Selesai,tapis kedalam loyang (6”) yang sudah disapu dengan marjerin.(saya tak tapis)
- 5
Panaskan oven. Bakar pada suhu 170’C selama 45 Minit.
Tips :Cucuk lidi sate kedalam kek untuk pastikan kek sudah masak atau belum.apabila lidi bersih bila ditarik. Ia menandakan kek sudah masak.
Keluarkan dari oven,sejukkan kemudian dipotong.
- 6
Tips:
Potong melintang dari tepi untuk dapatkan corak sarang semut yang cantik. - 7
Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kek Gula Hangus Tanpa Perap @ Kek Sarang Semut Kek Gula Hangus Tanpa Perap @ Kek Sarang Semut
🍽592🍽👩🍳26/2023👩🍳Kek Gula HangusKek Legend ,Kek gula hangus atau lebih popular dipanggil kek sarang semut kerana rupa kejadian kek ini bersarang atau berongga seperti sarang semut.Bila digigit terasa lemak berkrim mentega dan manis gula hangus yang sangat sedap.Teksturnya yang kenyal-kenyal dan lembut membuatkan ramai yang suka akan citarasa kek legend ini termasuk anak muda.Kek sarang semut ini boleh dihasilkan dua version.Bakar atau kukus namun ia tetap dipanggil Kek gula hangus atau kek sarang semut .Ummi pernah recook resepi Kek Sarang Semut ini dari cookpader @izzah_mansor87 .Resepi kek gula hangus ini tidak perlu diperap 3@4 jam seperti resepi2 lain.Ia cepat dan mudah siap diadun terus dibakar.Ternyata ia menjadi dan cantik hasilnya.Untuk rasa lebih lemak berkrim ummi guna pure butter 👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Kek Sarang Semut Kek Sarang Semut
Inspirasi resipi dari @airtangan_ummirizqiNi 1st time ibu buat kek sarang semut. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Teksturnya kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Sedap lemak² manis.Selama ni selalu dengar orang kata nak buat kek sarang semut ni renyah. Nk kena peram, tak boleh salah sikit nanti kek tak jadi. Tapi sebenarnya tak pun. Noor Atika Mahamood -
Kek Sarang Semut Kek Sarang Semut
Kek Sarang Semut ni viral jugak kan masa PKP 1. 0. Saya pernah up juga satu resepi kek sarang semut masa tu.Kali ni saya cuba resepi Cookpader Zieta Ali.Cuma kek saya ni tak mau bersarang pulak dia. Maybe ada step yang saya tersilap.Tapi takpa, makan sedap juga. Dia jadi kek gula hangus gitu.. 😁#500resipi Norashikin Rahmat -
Kek Sarang Semut PertamaKu Kek Sarang Semut PertamaKu
Cooksnap dari @ThahWatermelon85 . 1st time masak 1st time makan. 😊Buat half adunan jer sebab sorang je makan. Alhamdulillah menjadi 💗 MinSha -
Kek sarang semut atau kek gula hangus 🎂🐜 Kek sarang semut atau kek gula hangus 🎂🐜
#backtobasicKek sarang semut adalah kek feveret saya dan mak. Sebelum dpt resepi ini yg mudah dan pasti jadi ni, mak pernah buat tpi tak pernah menjadi katanya kena perap tunggu beberapa jam barulah dibakar. Tpi resepi ni tak perlu pun perap² segala buat terus bakar siap. Banyak kali saya buat kek ni drpda pemerhatian saya dan sedikit pengalaman , 🤭🤭 utk menghasilkan sarang semut tu yg cantik tip nya adalah:1) Kek ini tidak menggunakkan ejen penaik didalamnya so masa putar atau pukul telur mestilah agak lama dlm 5-10 minit dan telur tersebut haruslah betul² kembang dan peak telurnya tu barulah kek nya naik dan cantik.2) jangan lupa letak serbuk soda dlm kek ni klau nk sarang semut thasil, jgn tlalu byk atau kurang nanti klau byk pahit rasanya, kalu sedikit nanti tak cantik. Itu lah drpd pengalaman saya buat kek ni, klau salah maaf jerlah masih amateurs! Itu drpd pengalaman mbuat kek ini beberapa kali ada yg tlupa letak soda dan ada juga telur nya tidak kembang betul. Apa apa pun Selamat mencuba 🤗🤗🙏🙏🙏 KAM -
Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut Rice Cooker Tanpa Perap Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut Rice Cooker Tanpa Perap
Inspirasi daripada Pinterest Yudha’s Kitchen. Biasa buat kek sarang semut menggunakan tepung gandum sahaja tetapi di dalam resipi ini menggunakan tepung gandum dan tepung jagung. Tekstur kek nya sangat lembut, oleh kerana dimasak menggunakan rice cooker, jadi di bahagian bawah kek nya rasa sedikittt.. sahaja kenyal dan di bahagian atas kek nya rasa sangat lembut. Memang berbeza rasa jika menggunakan tepung gandum sahaja.@cook_34615991 jom dik buat kek sarang semut versi adik pulak. Dapur Yusfarisyia -
Kek Gula Hangus/Sarang Semut Kek Gula Hangus/Sarang Semut
Menyahut seruan @dapurdee 🌹Untuk 1st attempt kira okay la walaupun tak sempurna macam orang lain punya🤭tapi sedap! Lembut je😋Sebenarnya dah lama teringin tapi kat tempat sya ni takde orang yang buat..nak buat sendiri takut tak jadi..nak buat gula hangus pun takut² lagi🤣 challenge minggu ni macam memahami je apa yang kita craving..baru la ada semangat nak membuat tu😆Inspirasi resepi @atika_mahamood 🌹 & @sasha_sabrina 🌹 shazrina -
Kek sarang semut 🐜versi bakar Kek sarang semut 🐜versi bakar
Kek sarang semut versi bakar di oleh dari majalah rasa .. Untuk minum petang bersama keluarga tercinta 🥰 pasti menjadi. bersarang-sarang kek semut 🐜🐜dan toink² moist (ni saya buat kurang manis , sebab mak ayah tak nak makan manis sangat * kek sarang semut dinamakan sedemikian kerana rupa yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut* Cahaya Farah -
Kek sarang semut Kek sarang semut
#periuknasi#goldenapron#mingguke13Selalunya kita akan menggunakan oven atau pengukus untuk membuat kek.Untuk Kek Sarang Semut ni,ada versi bakar dan versi kukus.Tapi untuk kali ini,buat pertama kalinya Ain menggunakan periuk nasi.Masih menggunakan resepi yang selalu Ain gunakan.Tak perlu diperam.Siap dibancuh terus dimasak.Sebagai tanda sokongan kepada Cookpad Malaysia,Ain mencuba menggunakan periuk nasi.Sungguh mencabar bila kita tidak pernah membuat kek menggunakan periuk nasi ni.Percubaan pertama menemui kegagalan disebabkan Ain bubuh adunan terbanyak.Jadinya,bahagian keliling dan bawahnya sudah masak tetapi bahagian tengahnya masih mentah.Tidak berputus asa,baki adunan kita bubuh sedikit.Akhirnya menjadi.Rasa kek ini sangatlah sedap.Rugi kalau anda tak mencubanya.Selamat mencuba yer kengkawan.Nota kaki :-Bagi yang ingin menggunakan oven,resepi yang Ain sertakan ini sesuai untuk loyang 9 inci.Bakar pada suhu 150'C lebih kurang 1 jam 15 minit (bergantung pada oven masing-masing). Nurain Jalil -
Kek Sarang Semut Kek Sarang Semut
#goldenapron2020Kek sarang semut, cubaan kali pertama 😊Resepi yang ni tak manis sangat..sedap dan tak payah perap.Resepi daripada group MAHN..Tq kepada Puan Nooraini Mohd Noor.. Norashikin Rahmat -
🥞Kek sarang semut🐜 🥞Kek sarang semut🐜
#susumanis#goldenapron2020Kek sarang semut ni juga dipanggil kek gula hangus.Kek yg paling saya gemari.Saya suka Guna resepi ni sbb x perlu nak peram..boleh terus masuk oven. Zieta Ali -
❤kek sarang semut❤ ❤kek sarang semut❤
kek sarang semut.. kek ni mempunyai peminatnya yang tersendiri.. kek yang unik dan sedap.. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)