Gambar Pes Sup

Pes Sup

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#PersiapanRamadan

Kat rumah saya ni memang jarang sangat buat pes untuk persiapan ramadan. Kalau ada pun, biasa nya buat pes cili kisar, bawang kisar, halia kisar, serai kisar, lengkuas kisar. Bila nak masak cuma ambil sikit-sikit jer.
Memandangkan saya masih lagi kurang sihat, jadi saya ajarkan suami saya untuk membuat pes sup supaya senang untuk dia memasak sup nanti kerana di bulan ramadan memang menu sup paling disukai lagi-lagi waktu sahur.
Juh @kamekmizah join cabaran minggu tok. ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 labubawang putih
  2. 3 labubawang besar/bawang holland
  3. 3 bukuhalia (lebih pun takpe)
  4. Bahan Disangai Dan Dikisar Halus*
  5. 3 sudu besarbiji ketumbar*
  6. 3 batangkulit kayu manis*
  7. 13 bijibuah pelaga*
  8. 7 bijibunga lawang*
  9. 9 bijibunga cengkih*
  10. 3 sudu besarair
  11. 2 sudu kecillada putih (dikisar)
  12. 1 sudu kecillada hitam (dikisar)
  13. 1 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan kesemua bahan. Potong kasar bawang putih, bawang besar/bawang holland dan halia. Bahan sangai dikisar halus dan satukan bersama sedikit air, kacau rata.

  2. 2

    Masukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Tuangkan 1/2 minyak masak dan kisarkan hingga halus. Panaskan baki minyak masak. Guna api sederhana, tumiskan bahan kisar hingga harum, masukkan bahan sangai dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan lada putih dan lada hitam. (Sentiasa dikacau supaya permukaanya tidak melekat.) Tutupkan api dan sejukkan.

  3. 3

    Tuangkan pes sup ke dalam botol kaca steril kemudian tutup rapat. Simpan pes sup di dalam peti sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya