13:10:23 - Lontong goreng bersama terung

Leftover2 yang ada usah dibuang. Boleh menjadi salah satu daripada menu Rahmah. Ikan yang tak habis makan sama ada dimasak atau digoreng ambil saja isinya untuk dijadikan rencah. Ayam atau daging juga boleh digunakan.
#MenuRahmah
13:10:23 - Lontong goreng bersama terung
Leftover2 yang ada usah dibuang. Boleh menjadi salah satu daripada menu Rahmah. Ikan yang tak habis makan sama ada dimasak atau digoreng ambil saja isinya untuk dijadikan rencah. Ayam atau daging juga boleh digunakan.
#MenuRahmah
Cara Memasak
- 1
Nasi impit - potong dadu
Terung - potong dadu
Isi kan - leraikan - 2
Tumis bahan hiris hingga layu.
Kemudian masukkan terung. Biar terung layu kemudian masukkan isikan dan sesedap rasa.
Gaul rata. - 3
Masukkan nasi impit.
Gaul rata.
Pecahkan telur biar telur sedikit mengeras baru gaul rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
15:10:23 - Cokodok jagung 15:10:23 - Cokodok jagung
Ada jagung rebus tak dimakan-makan kejung kecut je dalam peti ais tu. Kita jadikan ia cokodok lah pulak. Usah membazir apa yang ada kita olah menjadi menu yang lebih menyelerakan. Modal pun murah je untuk kita jadikan ia sebagai menu Rahmah yang mengenyangkan.#MenuRahmah Hani Shaimi -
14:10:23 - Bayam merah goreng basah 14:10:23 - Bayam merah goreng basah
Sesuaikan untuk dijadikan sebagai menu Rahmah. Kami makan sekeluarga 3 orang. Digandingkan dengan ikan goreng mabung sorang sekor. Bajet kesemua tak sampai RM15 untuk 3 orang makan. Sesuai dengan keadaan semasa yang kesemua barangan naik harga.#MenuRahmah Hani Shaimi -
11:10:23 - Lempeng cendawan tiram 11:10:23 - Lempeng cendawan tiram
menu rahmah lagi. memang padat rasa lempeng/dasar telur bersama cendawan tiram ni. sedp dimakan bersama nasi panas-panas. Modal pun murah saja boleh makan 3 - 4 orang. boleh tambah lauk sambal gesek dan kicap juga.#MenuRahmah Hani Shaimi -
18:10:23 - Ikan tongkol masak cuka 18:10:23 - Ikan tongkol masak cuka
untuk lagi sedap letak biji sawi, namun kerana tiada stok maka saya tak letak.Sekor ikan yang dimasak berkuah biasa orang kata lebih muai/lebih ramai boleh makan kerana isinya boleh dikongsi sorang sikit dan lebihkan kuah yang sememangnya mempunyai rasa yang sedap. Kuah juga bole dijadikan lauk walau tidak dimakan bersama isi ikannya.#MenuRahmah Hani Shaimi -
3:10:23 - Kangkung tumis belacan 3:10:23 - Kangkung tumis belacan
Untuk menu Rahmah makan nasi berlaukkan kangkung goreng belacan ni memang terbaiklah. Tak payah nak lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah ikan goreng pun boleh cari yang harga murah-murah saja. Ni kalau seikat kangkung saya sefamily 3- 4 orang memang lepas ni. Memang sesuai dengan menu Rahmah RM5 seorang makan.#MenuRahmah Hani Shaimi -
9:8:24 - Betik muda goreng bersama udang geragau 9:8:24 - Betik muda goreng bersama udang geragau
#MerdekaMonth#JiwaMerdeka 🇲🇾Salah satu bahan yang boleh dijadikan sebagai juadah orang dulu-dulu adalah betik muda. Pelbagai olahan boleh dibuat. Antaranya betik muda ni boleh digoreng, dimasak bening/air, masak lemak dan lain-lain.Memang sedap sangat betik muda ni digoreng macam ni. Boleh goreng kering atau sedikit berair. Hani Shaimi -
6:8:23 - Ikan selar kuning bakar pandan 6:8:23 - Ikan selar kuning bakar pandan
Biasa orang buat ayam pandan tapi kali ini kita ubah ke ikan pula. Bahan inti ikut selera masing-masing lah ya. Boleh juga hendak digoreng dengan minyak tenggelam atau letak sedikit saja minyak dan ditutup. Ambil isinya sahaja dan di bahagian tulang tu banyak juga lagi isinya sayangkan nak buang terus, so kita gaul dengan garam dan kunyit kita goreng jugalah makan ratah isi-isi ikan yang masih melekat ditulangnya.#GoldenApron23#Week4#IkanSelarKuning Hani Shaimi -
5:10:23 - Tauge 2 minit siap 5:10:23 - Tauge 2 minit siap
sedap digandingkan dengan ikan masin goreng bawang.harga menu ini kurang dari RM5 kerana harga tauge yang agak murah. Ikan masin pula cukup sekadar 2 ekor dan dipotong kecil-kecil digandingkan dengan gorengan potongan bawang dan cili merah yang ditabur diatasnya. Memang laju je bila dapat menu sebegini. Kita boleh saja menyajikan menu rahmah kepada keluarga kita mengikut citarasa dan kemampuan kita. Semuanya ditangan kita bagi menentukan bajet kewangan dalam keluarga kita. sajian ini adalah untuk kami 4 orang sekeluarga.#MenuRahmah Hani Shaimi -
20:9:23 - Peria goreng bersama Jejari Ketam 20:9:23 - Peria goreng bersama Jejari Ketam
bagi kami yang suka makan pahit, kami hanya korek dan buang saja isi peria tu. bagi yang tak tahan rasa pahit boleh direndam dahulu dengan beberapa sudu garam halus lebih kurang 30 minit bagi mengurangkan rasa pahit peria berkenaan. kemudian cuci dan barulah dimasak. Hani Shaimi -
Nasi goreng petai Nasi goreng petai
Perencah nasi goreng seri aji ni dah sedia sedap dan cukup rasa. Letak rencah sedikit dahulu jika kurang baru tambah. Usah tuang habis satu pack jika kuantini nasi tak banyak bagi menggelakkan nasi masin. 😁😘😍 Hani Shaimi -
23:1:24 - Nasi impit goreng dendang perantau 23:1:24 - Nasi impit goreng dendang perantau
Inilah antara menu ringkas yang saya masak bila travel keluar negara. Kadang kala kita rasa tak lalu nak makan makanan sesuatu negara tu, maka yang mudah2 saja saya masak. Ini adalah menu semasa saya ke Mekah baru2 ni. Banyak lagi yang akan saya kongsikan. Bayangkan saya ke negara Pakistan, Uzbakestan, Iran, Morocco, India, South Africa dan lain-lain. Sehari dua drp pagi, tengahari, malam dihidangkan makanan yang sama, boleh je makan cuma rasa nak telan tu lambatlah sikit. Tu yg saya suka bawak bekal sebagai selingan dengan makanan mereka.* Rencah nasi goreng boleh guna apa perisa pun. Sayur nak letak pun boleh, tak letak pun boleh. Kebetulan masa di Mekah kami ada singgah pasar buah dan ada sayur-sayuran maka dapatlah saya beli.Kalau kat hotel ada butter yg kecil2 tu biasa saya ambik so bila nak goreng tu kita guna butter tu. Letak sayur2 BG layu sikit dulu. Kalau tak da saya main lebur je apa yang ada janji kenyang dan puas dapat makan selera kita. Bila diperantauan memang masing2 tak banyak bunyi lah bila dapat makan yg macam ni pun dan cukup baik dah. Hani Shaimi -
7:10:23 - Sambal bilis menyengat 7:10:23 - Sambal bilis menyengat
kali ni dapat cili yang tak pedas. letak banyak cili pun tak pedas. warna cili pun cantik merah. so kali ni terpaksa letak lebih cili.Sambal ikan bilis, tambah nasi lemak, telur rebus, dan timun memang menjadi menu Rahmah kami sekeluarga. Masak nasi lemak 2 pot digandingkan dengan sambal bilis ni kami makan breakfast dan lunch sekali. Memang tersangatlah bajet menu breakfast bersekali lunch kami ini#MenuRahmah Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen