👩‍🍳Bubur Candil Durian 1600

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

💫Star Recipe! resipi ke-1600.. Alhamdulillah berjaya juga mencapai angka ini🤗

Bubur candil (tepung pulut) bewarna warni sungguh menarik dan juga enak dimakan. Kuah durian membangkitkan rasa bubur ini, wajib cuba!

DURIAN adalah buah-buahan Malaysia yang paling terkenal kerana aromanya yang kuat, rasa yang tersendiri dan tekstur seperti kastad. Mendapat gelaran The King of fruits di Malaysia ,manakala Musang King pula adalah durian yang popular di Malaysia dengan isinya berharga RM110-RM130/ kg.

Nota:
-resipi ini menggunakan Isi Durian (D24)frozen RM60/kg

Golden Apron 2023 Week11
Week 11 (18 hingga 24 September):
1. Pisang Raja
2. Edamame
3. Selada Air
4. DURIAN
5. Daun Mulberi

#GoldenApron23
#pejuang2KResipi
#Week11
#Durian

1600/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
5 orang
  1. 2 cawantepung pulut
  2. secukupnyaAir
  3. Perwarna merah, kuning dan hijau
  4. Bahan Kuah:
  5. 100 gISI DURIAN (lebihkan jika suka)
  6. 1/4 cawangula pasir
  7. 1 kotaksantan
  8. secukupnyaAir
  9. 1 helaidaun pandan- simpul
  10. Secubitgaram

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan

    DURIAN frozen
    Campurkan sedikit air panas.
    Lenyek hancur, atau kasar.
    Biji boleh letak beberapa.
    Ketepikan.

  2. 2

    Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air sedikit sedikit ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut, tidak melekat dan boleh dibentuk.

    Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.

  3. 3

    Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.

  4. 4

    Panaskan air dalam periuk, apabila mendidih, masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.

    Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk sekejap supaya tidak melekat.

  5. 5

    Keluarkan, tos dan ketepikan.

  6. 6

    Penyediaan kuah:
    Masukkan santan dalam periuk bersama air, daun pandan, gula dan secubit garam.

    Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
    Setelah mereneh masukkan campuran durian, kacau seketika dan tutup api.

    Campurkan biji-biji pulut tadi.
    Kacau rata.

  7. 7

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (7)

Zarafafiis ❣️🌹
Zarafafiis ❣️🌹 @zarafafiis
Wah kak tinggal 400 lagi Tu.. saya jauhhhh lagi.. 💪

Resipi Sepertinya