Kuih Bom Kacang Hijau

Kuih kegemaran kami sekeluarga. Apa-apa jer kuih yang dibuat daripada tepung pulut memang suka sangat. Selalu buat kuih bom bubuh inti kelapa manis, kacang merah tetapi hari ni saya ganti dengan kacang hijau sebab nak menyahut cabaran #GoldenApron23 (kacang hijau + bijan). Memang selalu juga makan kuih bom inti kacang hijau, sedap memang sedap, tak dapat nak dinafikan tetapi saya ada mood "m" kalau nak buat inti nya. Hari ni demi Cookpad, saya gigihkan diri buat inti nya, mood "r" tu dah mai dah. 💪😅
Kuih Bom Kacang Hijau
Kuih kegemaran kami sekeluarga. Apa-apa jer kuih yang dibuat daripada tepung pulut memang suka sangat. Selalu buat kuih bom bubuh inti kelapa manis, kacang merah tetapi hari ni saya ganti dengan kacang hijau sebab nak menyahut cabaran #GoldenApron23 (kacang hijau + bijan). Memang selalu juga makan kuih bom inti kacang hijau, sedap memang sedap, tak dapat nak dinafikan tetapi saya ada mood "m" kalau nak buat inti nya. Hari ni demi Cookpad, saya gigihkan diri buat inti nya, mood "r" tu dah mai dah. 💪😅
Cara Memasak
- 1
Cuci dan rendam kacang hijau 2-3 jam. Rebus bersama daun pandan hingga kacang kembang.
- 2
Masak hingga empuk dan hingga air nya tinggal sedikit. Kecilkan api, masukkan gula dan garam, gaul rata.
- 3
Masukkan tepung gandum dan kacau rata sampai pekat, sejukkan dan ketepikan. Bulat-bulatkan ikut sesuai selera. Lebihan inti boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan yang lain.
- 4
Satukan tepung pulut dan tepung gandum, garam serta gula, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diramas-ramas adunan tepung sehingga mendapat doh yang lembut. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.
- 5
Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti. Tutup dan gentel bulat.
- 6
Kemudian, golek-golekkan di atas bijan. Gentel lagi supaya bijan kuat melekat pada kuih bom. Buat hingga habis dan sejukkan di dalam chiller seketika.
- 7
Panaskan minyak masak guna api kecil dan goreng kuih hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak nya.
- 8
Boleh lah dihidangkan dan dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Kuih Bom Bijan Inti Kacang Hijau Kuih Bom Bijan Inti Kacang Hijau
#goldenapron#minggu21#SatuResepiSatuPohon#madebyjeehan#cookpadmalaysiaKuih Bom Bijan ini resepi Time saya berniaga ketika dahulu. Kuih Bom Bijan ini tetap lembut hingga ke petang. Sangat sedap Demy inti PES Kacang Hijau. Selamat mencuba yer... cookpaders 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Onde-Onde & Kuih Bom Bijan Bunga Telang (2 in 1) Onde-Onde & Kuih Bom Bijan Bunga Telang (2 in 1)
Global Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Tekak teringin nak makan kuih bom bijan tapi guna inti manis keledek ungu. Terfikir pula, kalau buat kuih bom nanti bijan tak berapa nak cukup untuk salut. Malas nak ke kedai lagi dah. Tukar plan jadi kuih onde-onde tetapi still juga guna inti manis keledek ungu. Sama juga kan bahan untuk doh tetap menggunakan tepung pulut. Resipi kali ni inspirasi daripada adik @Mamy_Nurul.Sewaktu tengah membancuh doh (tengah tuang air bunga telang ke dalam tepung) suami saya panggil dari arah belakang dapur minta tolong ambilkan parang kat dalam stor, tergendala sekejap kerja saya. Suami tengah menebas rumput di belakang rumah dan ada pokok mengkudu senget kerana hujan lebat beberapa hari jadi dia nak tebang.Berbalik kepada resipi tadi, selepas tu saya sambung balik kerja menuang air bunga telang yang baki tadi. Silap saya juga sebab terus tuang kesemua air. Bila digaul, adunan cair, tak jadi doh. Tengok balik resipi asal, memang dah betul. Tanpa berlengah masa, saya tambah lagi secawan tepung pulut, alhamdulillah baru cantikkk 👍. Nasib baik tepung pulut tu cukup-cukup jer baki nya.Saya bahagi dua adunan tu, satu adunan buat onde-onde dan satu lagi adunan buat kuih bom bijan, ngam-ngam bijan digunakan. Alhamdulillah 🤲#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bunga telang (2) + ubi keledek ungu (3) Dapur Yusfarisyia -
Kuih Bom Bijan /Kuih Bom/Onde-Onde Kuih Bom Bijan /Kuih Bom/Onde-Onde
👩🍳685👩🍳🍽119/2023🍽#GoldenApron23#Week20#KacanghijauBijanAda orang panggil kuih Bom Bijan, ada juga kuih Bom dan ada juga panggil onde-onde...Rupa kuihnya sama tapi sebenar kalau diteliti betul2 sebenarnya bahannya adalah berbeza.Ada yang guna tepung pulut + tepung gandum. Ada juga yang guna pelbagai ubi seperti keledek, kentang ataupun labu.Intinya juga ikut citarasa dan pilihan masing-masing. Tapi kali ini ummi nak buat kuih bijan ni menggunakan 100% tepung pulut tanpa campuran tepung lain dan juga sebarang ubi.Inti pilihan ummi ialah KACANG HIJAU dan salutannya adalah BIJAN mengikut list cabaran GA minggu ini.Hasil kuih Bijan ini sangat sedap.Ia sama sekali tak meletup semasa menggoreng dan hasilnya rangup diluar lembut didalam. Yang paling best ia tidak mengecut atau mengempis walaupun sudah sejuk. Q'leenalee's Kitchen -
Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau
#GoldenApron23Selalunya saya buat kuih bom biasa & kuih bom pandan..kali ni saya buat perisa labu pulak berintikan kacang hijau. Alhamdulillah..terasa labunya..suami cakap lembut je.. Seperti biasa, bomnya tak meletop ketika di goreng..tipsnya adunan di campur sedikit tepung gandum, saya rehatkan kuih bom di dlm peti ais semalaman & goreng jangan terlalu lama.. Nor Al Fatihah -
Bubur Kacang Hijau, Jagung & Durian Bubur Kacang Hijau, Jagung & Durian
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiKalau masak bubur kacang hijau yang campur durian, saya tak suka bubuh durian ulas (berserta biji nya) kerana jika tak habis saya selalu buat aiskrim Malaysia. Bila nak masukkan ke dalam plastik aiskrim biji durian tu akan jadi masalah. Malas nak buang lagi biji nya jika mood "m" tu datang. Tak dibuat aiskrim nanti takde siapa nak makan sebab anak-anak tak gemar bubur manis. Yang pelik bila dibuat aiskrim. Malaysia, boleh pulak habis malah berebut. Rasa macam aiskrim Potong kata anak-anak. Bagi memudahkan kerja, saya siap-siap buang biji durian dan ambil isi nya sahaja untuk dicampurkan ke dalam bubur kacang. Senang nak makan dan senang nak bubuh dalam plastik aiskrim nanti. Untuk gambar utama saya letak seulas durian.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Durian (2) + gula melaka (2) + santan (R) Dapur Yusfarisyia -
Pes Kacang Hijau Pes Kacang Hijau
#SatuResepiSatuPohon#goldenapron#minggu21#madebyjeehan#cookpadmalaysiaPES kacang hijau ini selalu saya gunakan sebagai inti untuk membuat kuih Bom,Bakpia, dan Ang koo kuih Sedap dan berlemak... Give a try and happy cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Inti Kacang Hijau Inti Kacang Hijau
Inti kacang hijau boleh di gunakan utk pelbagai jenis kuih seperti kuih bom, sagupal, bubur candil, tepung gomak, kuih angku dan lain2. Kacang hijau di masak hingga empuk & di tambah gula, garam utk memberikan rasa & di masak hingga kering utk jadikan inti.. Ia boleh tahan lama jika di simpan di dlm peti ais.. Nor Al Fatihah -
Bubur Kacang Hijau, Durian & Jagung Bubur Kacang Hijau, Durian & Jagung
Resipi dalam draf juga.Suami dan juga arwah m.i.l saya memang suka makan bubur jagung yang dicampur buah durian dan jagung.Sewaktu bubur ni dibuat, m.i.l saya masih ada lagi, tetapi kurang sihat. Bahan-bahan lain ada di dapur, cuma santan nya sahaja takde. Nak ke kedai, kereta diguna oleh anak dara. Motor pulak tayar kurang angin, pam ntah disimpan kat mana sebab dah lama tak guna. Akhir nya suami pergi rumah mak nya di sebelah rumah jer nak gantikan santan jika ada. M.i.l memang jarang guna santan kotak, dia lebih suka santan segar. Tetapi nasib baik ada serbuk santan yang dibeli adik ipar yang masih berbaki. Masalah nya cuma 1 paket mana cukup berlemak nanti. Saya pun sebenar nya tak berapa gemar masak guna serbuk santan kecuali darurat jer. Akhir nya m.i.l bagitau suruh tambah susu tepung untuk bagi naik rasa lemak dan pekat bubur tu. Dapur Yusfarisyia -
Kuih Lapis Kacang Hijau, Kacang Merah & Durian Kuih Lapis Kacang Hijau, Kacang Merah & Durian
Global Apron 2024 Challenge 19: Vegetarian 🥦Brp hari ni tekak t'ingin nak mkn kuih lapis. Bhn² dah sedia ada dua hari lps tp asyik tgendala krn kepala & mata rsa tak selesa gara² bjln jauh bpanas di hosp sbb nak cari wad tmpt ank saudara dimasukkan. Cari nma dia di kaunter pdaftaran takde dlm pengkalan data mrk. Hairan! 🤔🤷♀️ knp nma dia takde? Dia dihtr pd tghri hari Ahad lps di bhg kcemasan & kmalangan. Mcm biasa lah kna tggu hgga pkl 2 pgi baru lah dia dimsukkan ke wad. Wktu htr tu, dia & ahli kluarga yg mengiringi dia diminta oleh kakitangan hosp utk turut serta mhtr dgn mnaiki ambulan. Kata nya klau htr guna kerusi roda atau katil stretcher, agak jauh. Bila duduk dlm ambulan, mlm pulak tu tak nampak arah jln mlainkan klau duduk di bhg depan. Dipendekkan cerita, apabila waktu siang nak cari wad tsebut tak tahu arah. Gara² katil di wad sudah penuh, psakit yg lain dihtr ke wad di blkng bangunan hosp. Tak pernah tahu pun ada wad di blkng bangunan hosp.3 hari lepas kuih lapis ni dibuat tapi nak mnaip nya ambik msa haha.. Ada² jer bila mood 'm' tu dtg. Tapi serious ckp mmg sedap rsa kuih lapis ni gabungan drpd durian, kcg hijau, kcg merah & santan 😋👍#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Durian (2) + kacang hijau (2) + kacang merah (2) Dapur Yusfarisyia -
Kuih Bom Bijan Kuih Bom Bijan
#bazaarramadan #minggu1 Kuih bom bijan ini lembut di dalam & rangup di luar. Ramai yg bertanya kpd saya bagaimana untuk mengelakkan kuih bom drp meletup ketika di goreng. Tipsnya adalah merehatkannya di dlm peti ais semalaman. Goreng dgn api sederhana & jangan goreng terlalu lama. Selain inti kelapa, saya juga suka buat inti kacang hijau. Sedap di makan panas2 utk sarapan mahupun minum petang Nor Al Fatihah -
Bubur Candil Berinti Kacang Hijau Bubur Candil Berinti Kacang Hijau
#GoldenApron23Bubur Candil Berinti Kacang Hijau ni saya baru dapat idea hari ni.. Biasanya bebola bubur candil hanya tepung kosong saja kan.. jadi saya letak inti kacang hijau utk menyedapkannya lagi.. Alhamdulillah..sedap bila suap dengan kuah santan yg lemak2 masin..dengan bebola berintikan kacang hijau yg manis..memang kombinasi yg ngam 😋👍 Nor Al Fatihah -
Kuih Bom Manis Kuih Bom Manis
#resipi3bahan#goldenapron2020Hari ni teringin pula nak makan kuih bom manis. Makan panas-panas memang sedap, rangup di luar tapi gebu di dalam. Sambil goreng sambil makan tak perasan habis satu batch. 😂 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen