Sambal Kentang Bilis

Resipi dalam draf juga.
Menu kegemaran saya dan keluarga di waktu musim tengkujuh. Kenapa musim tengkujuh? Kerana jalanraya kawasan kampung kami juga terlibat dengan banjir. Jadi sukar buat kami untuk ke sana ke sini. Selalu nya stok kentang dan bilis mesti ada di dapur kerana saya penggemar ubi kentang. Sebenar nya menu ni tak payah tunggu musim tengkujuh pun sedap. Yang membuat nya sedap dimakan di musim tengkujuh kerana dapat makan bersama ahli keluarga, dapat berebut-rebut makan, ia lah mana tak berebut-rebut? Kerana tak banyak menu dibuat kerana kehabisan stok. Jadi nya fokus kepada satu atau dua jenis lauk jer. 😅
Sambal Kentang Bilis
Resipi dalam draf juga.
Menu kegemaran saya dan keluarga di waktu musim tengkujuh. Kenapa musim tengkujuh? Kerana jalanraya kawasan kampung kami juga terlibat dengan banjir. Jadi sukar buat kami untuk ke sana ke sini. Selalu nya stok kentang dan bilis mesti ada di dapur kerana saya penggemar ubi kentang. Sebenar nya menu ni tak payah tunggu musim tengkujuh pun sedap. Yang membuat nya sedap dimakan di musim tengkujuh kerana dapat makan bersama ahli keluarga, dapat berebut-rebut makan, ia lah mana tak berebut-rebut? Kerana tak banyak menu dibuat kerana kehabisan stok. Jadi nya fokus kepada satu atau dua jenis lauk jer. 😅
Cara Memasak
- 1
Kupas dan potong kentang potongan wedges. Jika suka bentuk slice pun boleh. Kemudian goreng sehingga kentang masak dan keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan. Ikan bilis dicuci dan ditoskan dan digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Begitu jugak dengan bebola ikan digoreng hingga masak, angkat dan toskan.
- 2
Kisar bahan-bahan bertanda* hingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api yang perlahan. Perasakan dengan gula, garam dan air asam jawa. Masak sehingga kuah kering dan bertukar warna sedikit gelap. Sentiasa kacau supaya kuah tidak hangit.
- 3
Setelah kuah kering dan pekat, masukkan kentang, bebola ikan dan ikan bilis, gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
Nota : Kalau nak ikan bilis tu rangup, tunggu sambal sejuk baru dimasukkan ikan bilis ke dalam sambal.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bihun Goreng Sos Tomato Bihun Goreng Sos Tomato
Global Apron 2024 Challenge 2: IftarTahun ni sambut Ramadan ala kadar jer, masak seada nya. Atas faktor kesihatan membataskan aktiviti membuat kerja-kerja di rumah. Suami pulak sejenis yang tak suka makan di luar, nak tak nak pun mesti masak jugak. Kalau dah tak larat, dia lah yang masak. Syukur alhamdulillah dapat juga diharapkan. Kalau dulu pelbagai juadah dibuat, dapat sedekah kepada mak, mak mertua dan jiran. Mereka pulak akan "membalas" dengan juadah masing-masing, jadi pelbagai menu penuh di meja hingga tak termakan. Tahun ni masak 1 atau 2 jenis menu jer. Masak pun tak ler banyak portion nya kerana kurang sihat. Sedih kerana tahun ni menyambut Ramadan tanpa mak mertua yang tinggal di sebelah rumah. Terasa kurang gembira nya. Al-Fatihah untuk arwah mak mertua. 🥺#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Bihun (1) + cendawan hitam (3) + sayur sawi (1) + cili padi (1) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Putih Sayur Campur Potluck Masak Lemak Putih Sayur Campur Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckSelalu nya bila nak buat potluck, kita orang adik beradik akan tanya atau berbincang nak masak nasi putih atau set nasi atau set mi/bihun/kuetiau. Kalau nasi putih memang banyak menu tambahan sebab senang nak 'gu'kan dengan menu lain.Masak lemak putih ni boleh digandingkan dengan ikan goreng, ikan masin goreng, ayam goreng, sambal belacan, sambal tumis, ulam-ulaman dan banyak lagi.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (R) + ikan bilis (2) + kentang (1) Dapur Yusfarisyia -
Paprik Telur Rebus Paprik Telur Rebus
Bahan Biasa, Sajian Luar Biasa 🪄✨Sebagai challenge finale tahun 2024 ini, saya luangkan sedikit masa walaupun di waktu yang sibuk untuk memasak dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di pantry dapur untuk menghasilkan satu hidangan yang jarang saya masak.Seperti biasa jika terjadi sesuatu yang tak diduga seperti keadaan cuaca yang tidak menentu, contoh nya musim tengkujuh kawasan kampung kami tidak terkecuali sering berlaku banjir. Walaupun banjir nya tidak memasuki ke dalam rumah tetapi laluan jalan di kampung kami tidak dapat dilalui oleh kenderaan kereta atau motorsikal. Nak ke pasar atau kedai memang tak boleh. Jawab nya masak guna stock bahan yang ada di dapur sahaja.Jika banjir berlarutan, pihak AJK Kampung akan mengagihkan bekalan asas kepada kami untuk meringankan masalah kami, alhamdulillah. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanLama dah tak masak nasi lemak. Dulu-dulu nasi lemak yang dijual memang letak ikan masin, kacang tanah, timun, telur rebus dan sambal tumis. Tak pernah jumpa pun yang dicampur ayam goreng. Namun sekarang ni pelbagai variasi nasi lemak yang dijual, ada nasi lemak kukus, sambal sotong, ayam goreng, telur dadar yang ditambah.Paling saya suka apabila nasi lemak dibungkus di dalam daun pisang. Bila dibuka bungkusan nya, hmm.. Harum nya dari jauh pun boleh hidu, terus rasa lapar. Nasi lemak mak saya mungkin tak sama dengan nasi lemak yang lain kerana ada campuran jintan manis. Itu lah keunikan nasi lemak resipi keluarga kami yang diwarisi kepada kami sehingga kini. Akan diwarisi kepada anak, cucu dan cicit serta generasi baru nanti, insha Allah.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cili (R) + ikan masin (2) + limau kasturi (1) Dapur Yusfarisyia -
Roti Jala Berinti Roti Jala Berinti
Resipi dalam galeri fon.Kalau diberi pilihan di antara roti jala cicah kari dengan roti jala berinti, memang sudah pasti roti jala berinti menjadi pilihan kami sekeluarga. Cukup senang nak makan, cuma ambik dan suap ke mulut berulang kali. Tak perlu nak mencicah kuah bagai. Sedap pun ya juga. Saya buat dua versi inti, (gandakan bahan roti jala) satu inti ubi kentang dan satu lagi inti sayur kacang panjang tumis udang kering. Dua-dua sedap 😋 untuk sarapan merangkap makan tengahari kami (brunch). Sebenar nya inti sayur kacang panjang tu daripada lauk untuk kami makan tengahari tetapi memandangkan kami ada majlis jamuan hari jadi cucu anak saudara pada petang nya, jadi saya pasti takde sesapa yang akan makan sayur kacang panjang tu nanti. Daripada takut terbuang dan membazir, saya manfaatkan. Kenyang sampai ke petang. Waktu di majlis jamuan harijadi tu, saya cuma makan buah-buahan jer sebab masih kenyang. 😆 Dapur Yusfarisyia -
Tempoyak Tumis Tempoyak Tumis
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap SukahatiCHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI#Cooksnap daripada adik Lady Kitty Romanoff @cook_26904812 Kalau ada tempoyak, memang akan selalu buat menu seperti ini (tempoyak goreng, panggilan kami di rumah). Kadang tu dicampur dalam masakan asam pedas ikan dan yang palinggg selalu dibuat, makan dengan ikan bilis dan cili padi hijau tanpa dimasak bahan-bahan nya. Memang berselera bila tengok suami dan anak-anak makan tapi saya jer la sampai sekarang memang tak reti-reti makan tempoyak atau apa-apa jer menu yang ada campuran tempoyak waima sedikit pun. Jangan tanya kenapa sebab saya sendiri pun takde jawapan nya haha. Tak makan tak bermakna saya tak reti buat tempoyak sendiri (halal dan thoyiban) . Dan bila masak, saya akan suruh suami atau anak-anak yang merasa masakan tu.Tempoyak frozen masih ada berbaki dalam freezer, so hari ni buat goreng dengan ikan bilis dan udang kering. Udang segar kebetulan baru habis stock di rumah.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili hijau (R) + ikan bilis (2) + tempoyak (3) + udang (R) Dapur Yusfarisyia -
Kuih Siput Kuih Siput
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @nur_shazrina tetapi saya campur tepung pedas bestari sebab nak rasa pedas.Zaman dulu-dulu, mak saya mesti buat kuih siput untuk Hari Raya Aidilfitri. Kami ni lah yang akan berebut-rebut tolong mak menyiput. Ada yang ntah apa-apa bentuk nya 😅. Sebab dulu mana ada masa melayan tv sebab dulu rancangan-rancangan di tv tak banyak macam sekarang, chanel pun tak banyak. Jadi tak tau nak buat apa, tolong mak jer la. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Kisar Mangga Muda Sambal Kisar Mangga Muda
Resipi dalam galeri fon.Buah mangga tepi rumah pokok nya dah hampir tua, buah nya asal masak ranum jer mesti tak dapat dimakan kerana "bernenek kebayan". Tak reti nak gambarkan. 😆 Bukan berulat tetapi ada sejenis "makhluk" yang berwarna coklat seperti kumbang pun ada. Mak saya panggil nenek kebayan, so saya pun terikut-ikut jugak panggil nenek kebayan 🤭 Ada orang bagitau buah tu jadi macam tu sebab waktu buah tu masih kecil orang dah buat ulam dengan belacan. Entah lah, sebab kami sendiri tak suka ambil kalau buah nya masih kecik tapi anak-anak jiran kami suka ambil tak kira lah yang kecik atau yang hampir masak, asal dapat jer diorang rembat dengan kayu galah sewaktu kami tiada di rumah tanpa mintak izin. Daripada tak dapat dimakan langsung, lebih baik ambil ketika buah nya masih muda. Terus teringat lirik lagu "malam masih muda... Asal kau duduk macam tak buat apa?.. Bazir masa fikirkan tentang cinta.. Yeah! Aku sakit, aku healing sampai pagi tak balik.." 🤣🤣🤣 Melalut pulak ke lagu. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Tumis Terung Pipit Sambal Tumis Terung Pipit
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeMengimbau kembali zaman nenek moyang kita dahulu hidup dengan menjadikan tumbuhan yang ada di sekitar kampung untuk dijadikan menu untuk dihidangkan bersama seisi keluarga. Antara tumbuhan nya ialah terung pipit. Terung pipit ni senang tumbuh dan senang untuk dicari. Selain dibuat sambal tumis, ia nya juga boleh dibuat ulam mentah dengan sambal belacan. Tetapi ramai di antara cucu-cicit kami yang tak reti nak makan yang mentah. Arwah atuk dengan nenek pun kata makan berpada-pada, jangan terlebih.Sedikit info tentang terung pipit ni :-Sumber : https://fazlisyam.com/terung-pipit-2/Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut. Dapur Yusfarisyia -
Tumis Belacan Umbut Rebung Tumis Belacan Umbut Rebung
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanUmbut rebung ni juga kesukaan kami sekeluarga terutama nya anak-anak. Kalau makan tu kadang lebih kepada meratah. Mereka tak suka dipotong nipis atau kecil, tak best makan sebab takde rasa rangup nya kata mereka. Kalau buat tu, mesti nak pedas dan sedikit manis baru lah sedap. Tumis umbut rebung ni perlu lebihkan sedikit minyak masak nya. Tumis kering, sikittt jer kuah nya, memang tak pandang menu lain dah. Itu lah penangan tumis belacan umbut rebung pada keluarga saya. Sekarang ni dah diwarisi oleh anak-anak saya terutama si bujang saya yang tinggal di perantauan, bila dapat masak sebijik rasa macam mama dia memang senyum sampai ke telinga dia. Puas hati sebab boleh mewarisi resipi favourite keluarga kami.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (R) + umbut (3) Dapur Yusfarisyia -
One Pot Bubur Pedas Sarawak One Pot Bubur Pedas Sarawak
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealSebut jer bubur mesti tfikir ssuatu yg manis kan? Ha! Tak smesti nya. Mcm bubur nasi, ada rasa savoury baru lah ngam dgn nya. Tak tkecuali dgn bubur pedas Sarawak, jg ada rasa savoury.Utk resipi one pot ni sesuai sgt buat bubur pedas ni. Dlm ramuan rempah bubur pedas itu sndiri mmg sudah ada beras yg telah dijemur dan dikisar bsama bhn2 lain. Kira lengkap, ada mgandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur all-in-one. Bhn2 lain blh ikut sesuai selera msing2, lg byk bhn lg sdp. Bubur pedas ni selalu dibuat ketika bln ramadan di Sarawak. Selalu nya ketika wktu bbuka penuh mknan di atas meja dari pelbgai jenis air, kuih-muih hgga ke lauk-pauk. Nafsu di bln ramadan mmg nmpk tamak, smua sdp, nk mkn smua tp akhir nya tak dpt mghbiskan smua nya. Cth nya bubur pedas ni, klau dulu dimkn dgn nasi tp nasi nya tak t'usik pun. Diratah begitu jer. Dari situ lah, kebykan drpd kami lbh suka ratah jer mmg dah tak mkn dgn nasi lg dah ckup kenyang. Klau nk jg mkn dgn nasi pun no hal. Ikut selera msing2. Jom tgk bhn2 yg sy gunakan utk msk bubur pedas pd kali ini. Ini kira yg simple jer tp bhn2 nya pun tak kurang jg byk nya. Klau nk msk sdikit blh bhgikan sukatan di bwh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cauliflower (1) + daging (R) + halia (R) + kentang (1) + santan (1) Dapur Yusfarisyia -
Ikan Yu Masin Goreng Ikan Yu Masin Goreng
Resipi dalam draf juga.Tekak terasa nak makan ikan pari masin tapi tak jumpa. Mak saya dulu-dulu suka buat ikan masin tak kira lah apa jua jenis ikan. Mak jugak rajin buat keropok daripada ubi kayu. Apabila waktu hujan, kami ni la (anak-anak) yang berebut-rebut tolong angkat ikan-ikan kering dan keropok-keropok yang dijemur tu. Seronok sangat kalau ingat waktu tu. Kalau jemuran yang tinggi-tinggi tu si abang lah yang tolong angkatkan. Mak jemur tinggi-tinggi sebab nak elak daripada kucing-kucing datang kacau.Paling suka makan ikan pari masin tumbuk cicah sos limau bawang putih. Mak tumbuk ikan pari masin yang telah digoreng sebab ikan tu liat apabila nak gigit. Bila ditumbuk baru lah boleh dimakan dengan laju nya. 😄 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen