Air Galaxy

New Year New Menu
Minuman yang terdapat di cafe bermacam-macam nama salah satu nya air galaxy ni. Jom intai apa bahan-bahan nya? Warna biru dari bunga telang, ya air bunga telang tetapi entah kenapa air bunga telang saya warna nya tak sebiru sebelum nya? Mungkin saya biarkan ianya terendam semalaman ke?🤔 Ingat nak buat petang semalam, bila rendam bunga telang tu tiba-tiba cuaca bertukar gelap nak hujan. Adui potong mood terus tak nak buat air galaxy. Tak jadi.. Lupa pulak dengan air bunga telang tu. Tengahari tadi baru teringat balik, nak rendam yang baru malas pulak nak tunggu beberapa minit sebab nak bagi ianya keluar warna, jadi guna jer lah air yang direndam semalam. Jom kita tengok kemenjadian nya. 🤭
Air Galaxy
New Year New Menu
Minuman yang terdapat di cafe bermacam-macam nama salah satu nya air galaxy ni. Jom intai apa bahan-bahan nya? Warna biru dari bunga telang, ya air bunga telang tetapi entah kenapa air bunga telang saya warna nya tak sebiru sebelum nya? Mungkin saya biarkan ianya terendam semalaman ke?🤔 Ingat nak buat petang semalam, bila rendam bunga telang tu tiba-tiba cuaca bertukar gelap nak hujan. Adui potong mood terus tak nak buat air galaxy. Tak jadi.. Lupa pulak dengan air bunga telang tu. Tengahari tadi baru teringat balik, nak rendam yang baru malas pulak nak tunggu beberapa minit sebab nak bagi ianya keluar warna, jadi guna jer lah air yang direndam semalam. Jom kita tengok kemenjadian nya. 🤭
Cara Memasak
- 1
Campurkan beberapa kuntum bunga telang kering bersama air panas dan biarkan beberapa minit. Tapiskan air nya dan masukkan air bunga telang ke dalam gelas. Masukkan ais secukup nya.
- 2
Masukkan hirisan lemon. Sudukan buah naga di atas lemon dan tuang air sprite.
- 3
Kacau rata, sedia untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Air Bunga Telang Selasih Lemon💙💜 👩🍳Air Bunga Telang Selasih Lemon💙💜
Bunga telang digunakan untuk menghasilkan ekstrak pewarna. Bunga telang ni tiada rasa.kita yang akan perasakannya sendiri ikut selera seperti guna Lemon, serai wangi, laici,madu, soda (antara pilihan yang sesuai ditambah dalam air sebagai perasa)Perahan lemon (food acid) akan mengubah warna biru diraja 💙telang kepada ungu💜.Oleh itu, jika hendak mengekalkan warna biru diraja telang, jangan perah buah lemon atau limau.Air ini banyak khasiatnya disamping ia menyejukkan badan. Jom cuba..Inspirasi Dailymakan Mahadiah -
Soda Bunga Telang Bersama Markisa Dan Longan Soda Bunga Telang Bersama Markisa Dan Longan
Kelmarin lepas balik dari temujanji di klinik tekak terasa nak minum yang sejuk. Terus teringat nak buat soda bunga telang sebab sedap sangat. Tetapi kali ini saya campurkan dengan buah markisa dan longan. Sebenar nya buah longan tu saya beli sebab nak cooksnap air ribena soda longan dari @dapurdee tetapi belum kesampaian. Insha Allah kejap lagi saya buatkan.Bila tengok AJL 36 2021-2022 pada malam minggu yang lepas tu tengok banyak menggunakan warna ungu/purple. Tak lama lepas tu CP Malaysia pun buat cabaran Masak Apa Purple. Memang cun sangat la dengan soda bunga telang tu. Dapur Yusfarisyia -
Air Bunga Telang Selasih Pear Air Bunga Telang Selasih Pear
Suka sangat rasa air bunga telang campur buah pear ni. Sejuk dan segar rasa tekak dapat menikmati di waktu panas terik. Dapur Yusfarisyia -
👩🍳Air Bunga Telang Pudina💙 👩🍳Air Bunga Telang Pudina💙
Bunga telang banyak khasiatnya. Warnanya yang cantik boleh dijadikan sebagai pewarna semula jadi didalam masakan dan juga minuman.Bunga telang boleh terus dipetik dan boleh juga disimpan kering. Kita hanya perlu merendamnya didalam air panas untukmendapatkan warna biru. tak perlu risau mengenai rasa kerana bunga ini tidak mengubah rasa apa jua makanan🤗.Warna birunya sungguh cantik tetapi boleh bertukar menjadi ungu jika ada bahan2 berasid seperti jus lemon atau madu dicampurkan di dalamnya.Inspirasi resipi Leen @airtangan_ummirizqi 🌹🍹Minuman untuk 1 Mahadiah -
Soda Lemon Bunga Telang Soda Lemon Bunga Telang
#1stSodaLemonBungaTelang #cooksnap daripada resipi Cookpader @Mizzanem Memang sedap sangat pada saya rasa nya. Asyik nak buat lagi dan lagi tetapi kena tunggu bunga telang banyak dulu. Dapur Yusfarisyia -
Sprite Lemon Tea Sprite Lemon Tea
New Year New MenuTak tahan tengok di T T air teh Lipton dicampur air Sprite dan lemon. Bila dengar ASMR minum tu pun makin menyakitkan hati betul, rasa nak cuba dan-dan jugak tapi bahan pulak takde. Hari ni baru ada kesempatan nak buat. Fuhhh! Memang refreshing giler la, tak rugi mencuba. 👍 👍👍 Kalau bubuh lagi dengan daun mint/pudina ni, memang melompat ke bintang agak nya. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Air Bunga Telang Selasih Lemonade Air Bunga Telang Selasih Lemonade
Balik kampung aritu petik bunga telang yang mil tanam.Teringin pula nak rasa air bunga telang.Terinspirasi air bunga telang kakD @dapurdee..Memang sedap 👍😋😍.Tq kakD 🌹💕💕 Q'leenalee's Kitchen -
Air Bunga Telang Air Bunga Telang
#bonusair#goldenapronSemalam buat nasi kerabu, guna bunga telang. Hari ni buat air pulak. Tengahari buta cari bunga telang dan daun pandan. Dapat beberapa kuntum je. Nasib baik jiran sebelah tak nampak. Biasa dia rajin tanya kita masak apa. Yelah..kita kan rajin masak😜.Jom kita lihat resepi air bunga telang. Sesuai sangat minum dikala panas terik ni. Dapat menyegarkan badan. Sarmila Sharif -
Butterfly Pea Lime Soda Butterfly Pea Lime Soda
Suka buat air ni sebab ada unsur belajar sains yang menarik. Lagi-lagi bila air bunga telang yang warna biru ini bila bercampur dengan limau dia jadi warna ungu.#goldenapron2020 Mizzanem -
Iced Lemon Blue Pea Tea Iced Lemon Blue Pea Tea
Masak Apa Purple 💜Masak teh bunga telang berlemon hari ni.Tapi buh nama orang putih nampak gempak sikit.. 🤭🤭Masa perahkan lemon kedalam air rebusan bunga telang, ia akan bertukar jadi warna ungu.Macam eksperimen sains kan, sebab lemon tu berasid jadi ia menyebabkan fenomena tu berlaku. Norashikin Rahmat -
Lemonade Ungu Selasih Lemonade Ungu Selasih
Sekadar jus lemon biasa je. Tapi ditambah dengan khasiat bunga telang & yang menariknya air bunga telang yang berwarna biru tu berubah warna ke ungu setelah dimasukkan ke dalam jus lemon 😊 Salina Jalaludin -
Air Telang Selasih Air Telang Selasih
58/2021/RoadTo1k/743Pagi tadi dok buat jejantas untuk pokok telang depan rumah. Tu kutip sekali bunga yang ada untuk buat air tu. Nak buat warna biru cenggini kena kutip dalam 30kuntum bunga juga tu. Cantik kan hasilnya 😍 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen