Wajik / Pulut Kacau

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Bandar Baru Salak Tinggi

#GlobalApron2024
#BerasPulut
#Santan
#DaunPandan
#GulaMerah
Makanan Orang Dulu Dulu/ Makanan Tradisi Jangan Di Lupa.Wajik/Pulut Kacau namanya.Puas hati bila buat sendiri kerana kemanisan boleh dikurangkan dan lebihkan lemak santan.Alhamdulillah.Buatnya juga tidak la susah.Mudah dan ringkas

Wajik / Pulut Kacau

6 orang bercadang membuatnya

#GlobalApron2024
#BerasPulut
#Santan
#DaunPandan
#GulaMerah
Makanan Orang Dulu Dulu/ Makanan Tradisi Jangan Di Lupa.Wajik/Pulut Kacau namanya.Puas hati bila buat sendiri kerana kemanisan boleh dikurangkan dan lebihkan lemak santan.Alhamdulillah.Buatnya juga tidak la susah.Mudah dan ringkas

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgberas pulut (1kampet beras pulut)
  2. 5 cawansantan (1kg santan pekat)
  3. 1 1/2 cawangula merah*
  4. 1 cawangula*
  5. 2-3 helaidaun pandan
  6. 1 cawanair*
  7. 1/2 sudu kecilgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih beras pulut dan rendam 4jam.

  2. 2

    Setelah itu buang air rendaman dan kukus selama 30minit.Pulut akan separuh masak.

  3. 3

    Campurkan semua yang bertanda * (Gula merah,gula dan air).Masak sehingga kesemua gula mencair.Setelah cair,tapiskan air gula tersebut supaya tiada benda asing akan termasuk pada wajik nanti.

  4. 4

    Siat siatkan daun pandan dan simpulkan.Masuk daun pandan ke dalam kuali bersama santan dan air gula.Masak sehingga mendidih dan pekat.Kemudian masukkan garam dan kacau sebati.

  5. 5

    Setelah ianya menjadi likat,masukkan pulut yang telah dikukus tadi dan kacau sehingga pulut sebati dan pekat likat.

  6. 6

    Setelah itu bolehlah di padamkan api dan biarkan sejuk sebentar.

  7. 7

    Kemudian bolehlah dihiaskan dan dijamu selera.Selamat mencuba,ikhlas dari saya yatie fy.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dunia Hanya Sementara Fy
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Pencinta Makanan😍😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya