Pulut Durian

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

184/2024 (1736/2K)
Global Apron Challenge 17: Sukahati
#GlobalApron2024

Cookpad Magic Pantry List:
Durian, santan, gula melaka

MIL ada kat rumah. So ajak family belah suami menjamu pulut durian kuah santan putih cara tradisi kebanyakkan keluarga belah Kelantan & Terengganu. Yang penting, pulut durian ni dimakan dengan tangan macam makan nasi 😄.

Kalau bubur serawa durian, duriannya dah lebur dalam kuah santan siap. Tapi pulut durian kuah santan ni, kena ada feel kerenyek2 durian tu dengan jari jemari dalam pinggan pulut bersama santan dan gula.
Teringat masa mula kawin, Uchu sediakan sudu untuk setiap orang dalam pinggan. Huhuhu..arwah ayah mertua tanya ‘nok wak gapo sudu nih?’ 😂😂😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Secukupnyadurian (diambil ulas)✅
  2. 1 kgberas pulut susu (bilas, tak rendam pun takpe)
  3. 1/2ruas jari air dari permukaan beras
  4. 2 helaidaun pandan (dikerat, untuk aroma kukus pulut)
  5. 2 kgsantan segar✅
  6. 1/2 sudu tehgaram
  7. 2 helaidaun pandan (disimpul, untuk aroma santan)
  8. Secukupnyagula melaka (dihiris/sagat)✅

Cara Memasak

  1. 1

    Bilas beras pulut. Alas dalam
    loyang dengan daun pandan. Masukkan beras dalam loyang bersama air setengah ruas jari dari permukaan beras pulut. Campurkan 1 sudu teh minyak masak untuk kilatkan pulut. Kukus selama
    25-30 minit.

  2. 2

    Masak santan bersama daun pandan dan sedikit garam sehingga naik wap sahaja. Tutup api.

  3. 3

    Hiris/sagat gula melaka.

  4. 4

    Hidangkan pulut bersama durian ulas, gula melaka dan santan. Sila makan menggunakan tangan ok. 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Alahai.siannya. Dasat angin sal. Banyak mende jugak jadi angin.

Resipi Sepertinya