Durian Cheesecake

Hayati Hamdan
Hayati Hamdan @hayatihamdan

Dah menuju senja ni makan durian seulas dua pun dah cukup puas. Kadang-kadang beli sebijik pun terkulat-kulat nak dihabiskan. Solusinya marilah kita buat kek!

#globalapron2024
#challenge24
#kuning

Keju kuning (3 point)
Durian (2 point)
Mentega (1 point)

6 point

Durian Cheesecake

1 orang bercadang membuatnya

Dah menuju senja ni makan durian seulas dua pun dah cukup puas. Kadang-kadang beli sebijik pun terkulat-kulat nak dihabiskan. Solusinya marilah kita buat kek!

#globalapron2024
#challenge24
#kuning

Keju kuning (3 point)
Durian (2 point)
Mentega (1 point)

6 point

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
  1. 120 gisi durian
  2. 3 bijitelur-asingkan putih dan kuningnya
  3. 3 sudu besartepung gandum
  4. 3 kepingkeju cheddar
  5. 140 mlsusu penuh krim
  6. 5 gpemanis dari monk fruit
  7. 1 sudu besarmentega

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Panaskan susu dan masukkan keju. Tutup api apabila keju cair. Sejukkan.

  2. 2

    Dalam food processor masukkan susu+keju tadi bersama isi durian dan kuning telur. Kisar hingga semuanya bersatu.

  3. 3

    Kemudian ayak tepung ke dalam bancuhan tadi. Kaup balik dengan spatula sehingga semuanya sebati. Ketepikan.

  4. 4

    Pukul putih telur hingga sedikit kembang. Masukkan ⅓ daripada pemanis ke dalamnya. Pukul lagi. Kemudian masukkan ⅓ bahagian pemanis. Pukul lagi. Masukkan ⅓ lagi. Sambung pukul hingga telur kaku(stiff) dan tak jatuh bila diterbalikkan.

  5. 5

    Masukkan sesenduk putih telur ke dalam adunan. Kaup balik. Masukkan sesenduk lagi. Kaup balik lagi hingga rata. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam putih telur yang kembang tadi. Kaup balik hingga putih telur sebati dengan adunan.

  6. 6

    Panaskan oven pada suhu 150°C selama 15 minit. Sementara itu, sapu rata mentega pada loyang pembakar. Alas dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Kemudian bakar selama 45-50 minit.

  7. 7

    Apabila masak, biarkan kek di dalam oven selama 10 minit. Selepas 10 minit, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan 10 minit. Keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

  8. 8

    Kek dah sedia untuk dinikmati!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hayati Hamdan
Hayati Hamdan @hayatihamdan
pada

Komen

Resipi Sepertinya