👩🍳Mee Suah Sup

Global Apron 2024 Challenge 27: Chinese Food
Mee suah (Hokkien) berasal dari wilayah Fujian di China, dan diperbuat daripada kanji gandum. Ia biasa dikenali oleh masyarakat Hokkien/ Cina sebagai salah satu mee panjang umur.
Mee suah sup selalunya dihidangkan kepada orang yang kurang sihat. Oleh kerana mee diperbuat daripada kanji gandum, mee menjadi lembut selepas masak yang memudahkan untuk dikunyah dan dihadam.
Mee ini tidak boleh dimasak untuk masa yg lama kerana ia menjadi lembik. Jika memasak mesti terus dimakan. Untuk bahan kondimen pula, terpulang mengikut citarasa masing- masing.
Mee suah (2p)
Minyak bijan(R)
Pak choy (R)
Kicap masin(R)
Ayam (R)
Total=2 p✅
#GlobalApron2024
#Challenge27
#MalaysiaMonth
#ChineseFood
#MeesuahPakchoy
2220/3K
363/2024

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Perap kepingan ayam* dengan minyak bijan*, kicap masin*, tepung jagung, garam dan serbuk lada putih selama 10 minit.
Untuk membuat asas sup:
Didihkan dengan api besar selama 5 minit air, kiub stok bilis dan ikan bilis di dalam periuk. Kemudian kecilkan api, dan teruskan reneh selama 10 minit. Keluarkan ikan bilis dari stok sup.Perasakan sup dengan garam dan lada putih secukup rasa.
- 3
Masukkan ayam yang telah diperap. Teruskan masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
Masukkan pak choy*,cili padi dan mee suah* ke dalam periuk. Biar mendidih sekejap. Tutup api.
- 4
Taburkan daun bawang.
Untuk menghidang:
Hiaskan telur rebus dan bawang goreng. Sedia dinikmati panas. - 5
Featured Recipe of the Week
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen