Mochi Donut

Geram tengok asyik lalu-lalang di TT. Saya pun terjebak juga nak mencuba nya. Sedap dimakan ketika masih panas. Kalau dah sejuk rasa kenyal dan lembut, tapi rasa rangup nya dah takde dah.
Mochi Donut
Geram tengok asyik lalu-lalang di TT. Saya pun terjebak juga nak mencuba nya. Sedap dimakan ketika masih panas. Kalau dah sejuk rasa kenyal dan lembut, tapi rasa rangup nya dah takde dah.
Cara Memasak
- 1
Satukan tepung pulut dan susu kotak dan kacau. Resipi asal 2 sudu besar tapi macam masih pekat jer, saya tambah lagi menjadikan adunan sedikit cair seperti di dalam gambar di bawah.
- 2
Kukus 5 minit (resipi asal), saya malas nak kukus jadi saya masak jer atas kuali guna api stove tapi saya tambah sedikit minyak masak sebelum memasak nya hingga pekat dan ketepikan.
- 3
Campurkan susu kotak, gula, telur dan mentega cair di dalam mangkuk.
- 4
Kacau sebati. Ayakkan tepung pulut dan baking powder ke dalam mangkuk tadi.
- 5
Gaul rata, masukkan doh yang dimasak/dikukus tadi dan gaul rata.
- 6
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan. Ikut suka lah nak cantumkan jadi bulatan seperti donut. Saya buat separuh dibulat-bulatkan sahaja. Panaskan minyak masak dan goreng mochi donut hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan.
- 7
Ayakkan dengan snow powder sugar di atas nya. Boleh dinikmati. Sedap dimakan ketika masih panas, rangup di luar lembut di dalam, sedikit rasa kenyal.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Donut Pandan Kentang Donut Pandan Kentang
Terinspirasi dengan donut Red Velvet @hana25_7someday . Ramai jugak yang payah nak cari red velvet emulco tetapi boleh jer gantikan dengan buttermilk, serbuk koko dan sedikit pewarna merah. Kalau masih jugak takde bahan-bahan tu atau gerun nak makan atau tengok warna merah tu, boleh olahkan dengan perisa pandan. Saya tambah kentang lecek. Memang gebu-gebas donut nya. Warna hijau takde la gerun sangat nak makan kan? Hehe.. jangan jadi mak kau ijau sudah. 😂 Dapur Yusfarisyia -
Korean 🇰🇷 Sweet Potato Bread Korean 🇰🇷 Sweet Potato Bread
#tribute2minshaSebenar nya dah lama nak buat Korean sweet potato bread ni tapi tak jumpa serbuk ubi kentang kat kedai bahan kek. Akhir nya hasrat tu terpendam lalu dihanyut ombak tsunami ke Korea. 😂Beberapa minggu lepas saya dan si dara saya membeli barang2 dapur dan ternampak banyak ubi keledek ungu. Saya pun tak fikir panjang terus sambar 4 biji saiz besar untuk dibuat serbuk sendiri. Terfikir nak buat korean sweet potato bread tribute to MinSha. Sebenar keledek oren pun boleh juga digunakan tetapi hasil nya pasti berbeza dari segi warna nya. Saya menggunakan inti kacang merah sahaja kerana saya kurang gemar rasa mozarella cheese apabila roti sudah sejuk dan cheese menjadi tidak cair. Roti ini sedap dimakan ketika masih panas. Ikut selera masing2 ye. Jom kita lihat resipi nya 👇🏻 Dapur Yusfarisyia -
Mochi Donuts Mochi Donuts
Negara Bendera Tiada Kuning / Emas.:Walaupun hanya ada Tepung Beras Pulut biasa bukannya Tepung Pulut khas Jepun nak juga cuba masak resepi Donut Mochi ini.Hasilnya sedikit lembut bahagian kulit luarnya (tidak berapa rangup garing ) dan warnanya pucat bukan warna perang pekat seperti resepi asal.Rasa ok je,sedap juga,alhamdulillah habis dimakan (musim hujan kot semua lapar,masak apa pun habis).:Credit recipe:izzycooking ha.lim39 -
Potato Bread Potato Bread
#tribute2minshaAlang-alang dah buat Korean sweet potato bread, buat sekali potato bread. Sama juga resipi nya cuma yang membezakan inti dan bahan sadur nya. Tetapi saya mengolah menggunakan inti buttermilk kerana seperti yang saya katakan sebelum ini roti ini pada pandangan saya sedap dimakan ketika masih panas kerana mozarella cheese nya masih cair. Jika sudah sejuk mozarella cheese nya sudah mengeras jadi kurang sedap bagi saya. Terpulang pada citarasa masing-masing. Saya sertakan juga inti kentang nya di sini 👇🏻 Dapur Yusfarisyia -
Telur Khurasan Telur Khurasan
#MatchmakerMonth Si Trio Telur, Terung & Tauhu Telur Tidak Mahu Bersendiri LagiBattle of the Duos.Biasa dengar dan biasa tengok resipi roti khurasan jer. Pertama kali dengar dan tengok telur khurasan. So, saya pun nak cuba tetapi saya bungkus dengan kulit popia Vietnam jer sebab kulit popia biasa dah habis. Nak perhabiskan kulit popia Vietnam tu, cuma saya tebalkan (lebihkan kepingan nya). Sedap pulak dimakan panas-panas rangup dan ada sedikit rasa kenyal pada kulit popia tu sebab tebal kan? Suami pun puji kata sedap.Cc : @ailin_razak Terima kasih Dapur Yusfarisyia -
Red Velvet Donut Viral Red Velvet Donut Viral
Tak terlambat rasanya terjebak juga buat donut viral ni.. Geram tengok donut dorang gebu lembut montok aje😁 Julia ALeen Aireish -
Donut Gebu Donut Gebu
#cooksnap daripada @Mrs_Watermelon85 untuk sedekah di rumah adik ipar sabtu lalu. Saya guna BM je untuk menguli doh sebab tangan kanan masih lagi rasa sakit. Terima kasih atas inspirasi nya. ❤️😘 Dapur Yusfarisyia -
Banana cake @ kek pisang sihat Banana cake @ kek pisang sihat
#goldenapron2020Kebetulan ada pisang yang tak habis makan, nak buang bazir pula, baik buat kek pisang.Resipi ni kira sihat juga sebab saya guna gula molasses. Kalau tiada, boleh juga guna gula perang. Cukup manisnya, kek lembut dan wangi. Sesuai dimakan bersama teh tanpa gula atau kopi.Cuba lah senang seja ni. Tak perlu hand mixer, tak perlu blender.My father in law pun dah approve! Boleh jual katanya 😜Selamat mencuba! imel_recipe -
Kek Coklat Viral Kek Coklat Viral
Bila tengok kek coklat viral yang adik @arcticsyapex muat naik di Cookpad yang lalu, dan-dan teringin nak makan. Dah lah kek nya nampak sungguh menggoda cantik dan sedap, adoiii.. Tak boleh jadi ni, nak juga buat sebab tekak ni asyik nak makan kek coklat jer pada hal baru jer makan kek coklat yang anak dara saya beli. 😅 Nampak tak kat situ takde kepuasan apabila membeli kek untuk dimakan berbanding kek yang kita buat sendiri? Kita boleh adjust apa yang kita nak tambah/kurangkan, baru ada kepuasan, penat lelah tu belakang kira. 😂 (alaa.. takde lah penat lelah sangat pun, ngade betul haha.. )Sedap 😋 dan kek nya sangat mudah nak buat, takde penggunaan telur. Dapur Yusfarisyia -
Hotteok Sukatan Cawan Hotteok Sukatan Cawan
Global Apron 2024 Challenge 16: Sukatan CawanHotteok atau juga dipanggil Heoddeok ialah sejenis lempeng yang berinti. Merupakan makanan jalanan di Korea Selatan. Sedap dimakan ketika masih panas sebab inti gula nya mencair dengan rasa rangup daripada kacang tanah nya memang tak cukup sebiji apabila makan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Tepung gandum (R) + yis (2) Dapur Yusfarisyia -
Muffin Coklat K. A Muffin Coklat K. A
Cookpad Apron 2025 : Week 9Cookpad Magic 🛒 Week 9 :-🛒 Kopi🛒 Telur🛒 Serbuk koko🛒 Tepung gandumSebelum masuk waktu maghrib, memang dah ambik wudhu awal-awal tapi tangan ni gatal masih pegang handphone layan T T. Lalu fyp resipi muffin coklat Khairul Aming. Sewaktu nak solat maghrib tetiba tekak teringin nak makan muffin coklat. Dalam hati kata "aihhh!.. takleh jadi ni, mesti nak buat jugak lagi pun rasa nya masih ada berbaki bahan-bahan di dalam peti sejuk dan muffin memang sangat senang nak dibuat."Habis jer solat, terus capai kesemua bahan dan sukat bahan kering dahulu, satukan dalam satu bekas. Kemudian satukan bahan basah pulak dalam satu bekas, satukan kesemua nya. Sementara nak isi di dalam cup muffin, saya panaskan oven dahulu. Sewaktu nak bakar tu, saya suruh tunang anak saya tengok-tengokkan sementara saya solat isyak. Dia pulak tak solat sebab uzur. Habis solat isyak, coklat muffin pun siap dah di atas redai. Alhamdulillah sedap#CookpadApron2025#Week9#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Donut Red Velvet (Water Roux) Donut Red Velvet (Water Roux)
Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?#ResipiViralAdik ipar telefon bagitau yang dia nak datang ambik mak dia (mak mertua saya) sebab nak bawa mak ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Dia juga bagitau yang anak dia nanti dia tinggalkan kat rumah saya sebab dia tak nak bawa anak dia ikut ke klinik. Hmm.. rumah saya ni nemang sunyi sepi kalau anak dan suami pergi bekerja. Anak saudara saya tu sejenis yang payah nak makan. Saya terfikir nak buat donut red velvet yang menggunakan water roux untuk dia sebab dia memang suka makan donut. Tapi dia tak pernah makan donut red velvet. Mula-mula dia terkejut la juga tengok donut warna merah tu. Dia tersenyum apabila tengok donut tu diikat tergantung pada buaian comel yang saya beli daripada @acik_dapo suatu masa dahulu. Sambil makan tangan dia asyik menyentuh donut-donut yang bergantung tu. Saya bagi pada dia untuk dibawa balik ke rumah nya. ❤️😊 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)