Donut Red Velvet (Water Roux)

Resipi Apa Pernah Trending Atau Viral?
#ResipiViral
Adik ipar telefon bagitau yang dia nak datang ambik mak dia (mak mertua saya) sebab nak bawa mak ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Dia juga bagitau yang anak dia nanti dia tinggalkan kat rumah saya sebab dia tak nak bawa anak dia ikut ke klinik. Hmm.. rumah saya ni nemang sunyi sepi kalau anak dan suami pergi bekerja. Anak saudara saya tu sejenis yang payah nak makan. Saya terfikir nak buat donut red velvet yang menggunakan water roux untuk dia sebab dia memang suka makan donut. Tapi dia tak pernah makan donut red velvet. Mula-mula dia terkejut la juga tengok donut warna merah tu. Dia tersenyum apabila tengok donut tu diikat tergantung pada buaian comel yang saya beli daripada @acik_dapo suatu masa dahulu. Sambil makan tangan dia asyik menyentuh donut-donut yang bergantung tu. Saya bagi pada dia untuk dibawa balik ke rumah nya. ❤️😊

Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan. Masukkan bahan basah kecuali mentega ke dalam bread maker.
- 2
Masukkan bahan kering dan tekan butang dough. Selepas 7 minit, tekan butang pause, dan masukkan mentega. Teruskan tekan butang start dan biarkan bread maker bekerja menguli.
- 3
Keluarkan doh dan tutup dengan tuala dapur selama 5 minit. Tumbuk buang angin dan bahagi doh. Saya tak timbang doh tu. Agak-agak jer besar mana mengikut selera masing-masing. Bulat-bulatkan dan tekan dengan telapak tangan. Buat lubang di tengah nya.
- 4
Tutu doh dengan tuala dapur dan biarkan doh kembang anggaran 30-35 minit. Panaskan minyak masak dan vegetable shortening guna api kecil. Pastikan minyak telah panas, gorengkan donut anggaran 2 minit dan terbalikkan donut dan goreng lagi anggaran 2 minit. Angkat dan toskan minyak. Golek pada gula kastor dan susu tepung. Ikut selera.
- 5
Sedia untuk dinikmati. Gebu-gebas donut nya hingga keesokan hari.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (9)