Pulut Kuning

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

128/2025 (2115/2500)
INSPIRASI AIDILADHA 🐐🐄🐫

Alhamdulillah..Uchu masak pulut kuning ni untuk dimakan bersama rendang ayam sebagai makan petang juga tanda menyambut SIL sekeluarga yang datang dan bermalam kat kebun kami. Anak SIL ada interview untuk sambung belajar kat daerah Uchu ni esoknya. Alang2 tu lebih baiklah kami berkumpul ramai2 walaupun baru je berkumpul di kampung semasa hari raya raya haji 2 minggu lepas.

Memandangkan sebelah malam nak ber BBQ dan ber steamboat, Uchu sengaja jamukan dengan pulut sebab pulut ni mengeyangkan juga. Lagipun Uchu tak plan sajikan nasi goreng atau mee goreng untuk malam. Mee segera dan ramen dah ada dalam set steamboat. Cukup dah untuk kami.

Disebabkan Uchu malas nak amik pengukus biasa dalam stor tingkat atas, jadi Uchu kukus pulut dalam TM6 je lah. Cuma kena kukus banyak kali. Tapi ok je, sebab tak kejar masa, siapkan pulut kuning sambil2 tunggu rendang masak.

Kunun2 nak masuk banner week 12 sebab ada beras pulut dan santan tapi tak sempat edit resepi. 😄

Pulut Kuning

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 jam (rendam) + 40 minit (kukus)
15 orang
  1. 1 kgberas pulut
  2. 2 sudu tehserbuk kunyit
  3. 2 sudu makanair kapur masakan
  4. 3 kepingasam gelugor
  5. 2 helaidaun pandan (disimpul)
  6. Bancuhan santan
  7. 2 kotak (200 ml)x2 kotak) santan Kara
  8. 350 mlair
  9. 2-10 sudu makangula putih (2 sudu makan tu standard, kalau nak manis style kelantan lebihkan lagi gula)
  10. 1 sudu makangaram
  11. 3 sudu makanminyak masak

Cara Memasak

4 jam (rendam) + 40 minit (kukus)
  1. 1

    Bilas beras pulut beberapa kali. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit, asam gelugor dan air kapur. Kacau rata semua bahan. Rendam selama 4 jam.

  2. 2

    Bilas beras pulut yang direndam. ➡️Tm6: bahagikan beras pulut ni kepada 4 bahagian jika nak kukus dalam simmering basket. Dikukus berulang kali sebanyak 4 kali)

  3. 3

    Masukkan beras pulut bersama daun pandan dalam rak pengukus. Kukus selama 20 minit bagi pengukus biasa. ➡️ TM6: masukkan 1100 ml air dalam bowl bersama daun pandan. Masukkan beras pulut dalam simmering basket. Kukus selama 12 minit. (nota boleh kukus 500 g beras pulut dalam varoma dish selama 20 minit)

  4. 4

    Campurkan santan dengan air, minyak masak, garam dan gula. Kacau sehingga gula larut. Jadikan bancuhan santan ni menjadi 3 cawan. (Kalau nak guna hanya sekotak 200 ml santan pun boleh, cuma jadikan sukatan bercampur air jadi 3 cawan) ➡️ Untuk TM6 yang gunakan simmering basket, boleh lah bahagikan santan kepada 4 sama banyak)

  5. 5

    Pindahkan pulut yg masih panas ke dalam besen. Gaul rata pulut yang masih panas tu dengan sebahagian bancuhan santan. Tambah lagi sedikit santan sambil arong santan dengan pulut sehingga nampak dasar besen sedikit lembab dengan santan, maksud pulut dan cukup serap santan.

  6. 6

    Masukkan semula pulut ke dalam pengukus. Buat lubang di tengah beras pulut. Kukus lagi 10-15 minit.

  7. 7

    ➡️TM6: masukkan beras pulut yang telah diarong santan ke dalam varoma dish. Buatkan lubang di tengah beras. ➡️ masukkan beras yang direndam dalam simmering basket (seperti langkah 3)➡️Kukus: varoma/10 minit.

  8. 8

    Pindahkan pulut kuning ke dalam bekas hidangan. Sedia dimakan dengan serunding/rendang/ sambal/ dll. Uchu makan dengan rendang ayam.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya