Pulut Kuning (Kukus Arong Santan)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Haaaaa pulut kuning massuuukk..🤣kali ni cara Uchu kukus pulut dan gaul santan (arong santan kata org belah sini)😉

Pulutnya lembut..haaa mmg massuuuk sgt dgn opor,rendang dan sewaktu dengannya..

#goldenapron2020

Pulut Kuning (Kukus Arong Santan)

Haaaaa pulut kuning massuuukk..🤣kali ni cara Uchu kukus pulut dan gaul santan (arong santan kata org belah sini)😉

Pulutnya lembut..haaa mmg massuuuk sgt dgn opor,rendang dan sewaktu dengannya..

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgberas pulut (pulut susu)
  2. Rendaman beras pulut
  3. 1sb serbuk kunyit
  4. 1/2sb air kapur
  5. 1 kepingasam keping
  6. Air untuk merendam
  7. Bahan kukus pulut
  8. 1 kotaksantan KARA (200ml)
  9. 1 kotakair (200ml)
  10. 3sb gula
  11. 1st garam
  12. 3sb minyak masak/minyak sayur
  13. 3 helaidaun pandan
  14. Nota 1: Santan Kotak Kara ni sangat pekat, sebab tu Uchu tambah air. Kalau santan lain, sila lihat pada kesesuaian kepekatannya. Sukatan, 2 cawan santan untuk 1 kg pulut
  15. Nota 2: sebab guna santan kotak, maka Uchu tambah minyak sebab santan kotak lambat nak kilat pulut

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh beras pulut. Rendam beras pulut bersama bahan rendaman selama semalaman.

  2. 2

    Buang air rendaman. Bilas m/lalukan beras pulut dengan air.

  3. 3

    Masukkan daun pandan dalam air kukusan. Panaskan pengukus. Siap laaa..satu rumah bau daun pandan..(Lupa nak amik gambo awal2, ada pulut dah jatuh sikit dlm air)

  4. 4

    Masukkan beras pulut ke dalam pengukus yg telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.

  5. 5

    Sediakan bancuhan santan. Campur semua bahan, kacau rata.

  6. 6

    Optional: Masak bancuhan santan sehingga mula didih sahaja,bukan pecah minyak pula yeaa.. untuk pulut tahan lama.

  7. 7

    Keluarkan pulut ke dalam besen berdasar agak luas.

  8. 8

    Tuangkan bancuhan santan sedikit demi sedikit dan gaul rata. Ulang pada keseluruhan pulut ketika pulut masih panas. (istilah Uchu guna; arong santan)

  9. 9

    Kukus semula pulut selama 15-20 minit lagi.

  10. 10

    Tips: uchu tambahkan minyak masak dlm bancuhan santan sebab kalau guna santan kotak sahaja, biasanya hasil pulut tak berapa berkilat.

  11. 11
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (8)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Favourite,sedapnya.Lama tak buat,terliur pulok doh la ucu 😂😋♥
(diedit)

Resipi Sepertinya