Strawberry Tiramisu Charlotte Cake

Hari ni nak share resepi tiramisu lagi. Ni versi strawberry pulak. Sedap, tapi dia macam lembik sikit bahagianh filling tu. Kalau nak stabil boleh tambah larutan gelatin. Rasa dia macam makan aiskrim strawberry tau. Memang kena cuba... Resepi dari TikTok nahlahrsl
Strawberry Tiramisu Charlotte Cake
Hari ni nak share resepi tiramisu lagi. Ni versi strawberry pulak. Sedap, tapi dia macam lembik sikit bahagianh filling tu. Kalau nak stabil boleh tambah larutan gelatin. Rasa dia macam makan aiskrim strawberry tau. Memang kena cuba... Resepi dari TikTok nahlahrsl
Cara Memasak
- 1
Satukan frozen strawberry, gula kastor dan jus lemon dalam pan. Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
- 2
Bila dah masak, tapis adunan dengan penapis. Ketepikan strawberry compote dan simpan hampas strawberry untuk buat sirap strawberry.
- 3
Kita buat sirap strawberry pula. Satukan hampas strawberry dengan susu full cream kemudian tapis.
- 4
Tambah beberapa titik pewarna pink. Ketepikan.
- 5
Kita buat filling pula. Satukan kuning telur dan gula kastor dalam bowl. Masak secara kaedah double boiler dan whisk hingga adunan kuning telur kental dan berkrim.
- 6
Masukkan mascarpone cheese. Whisk sehingga sebati.
- 7
Dalam mixing bowl lain, satukan whipping cream esen vanilla & gula aising. Putar hingga kental.
- 8
Satukan adunan kuning telur dengan adunan whipping cream. Sebatikan.
- 9
Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan 2/3 adunan strawberry compote. Bahagian kedua masukkan 1/3 strawberry compote. Bahagian akhir biarkan kosong.
- 10
Kita buat Pink Ladyfinger pula. Cairkan coklat putih dengan kaedah double boiler. Masukkan warna pink. Kacau sebati.
- 11
Celup biskut ladyfinger kedalam adunan coklat pink. Celup 1/3 bahagian biskut ladyfinger. Buat sampai habis. Biar coklat beku sebelum diletak pada kek.
- 12
Bila semua bahan dah sedia boleh start melapis tiramisu. Letak cake ring atas papan kek. Masukkan plastik mika dan kemaskan.
- 13
Celup biskut ladyfinger dalam sirap strawberry. Celup sekejap sahaja. Susun dalam cake ring. Tuang adunan filling. Ratakan. Ulang langka yang sama untuk lapisan yang berikutnya.
- 14
Sejukkan selama 6 jam atau semalaman.
- 15
Keluarkan dari peti sejuk dan buka plastik mika. Susun pink ladyfinger keliling kek dan ikat dengan riben. Boleh juga hias atas kek dengan strawberry segar dan fresh cream.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi






Komen