Daging Kicap Semudah ABC

#CookpadApron2026
Menu ni menu yang mudah.Guna apa yang ada di rumah.
Cara Memasak
- 1
Potong daging ikut suka
- 2
Potong bawang Holland ikut suka.potong cili ikut suka.cuci bersih.
- 3
Panaskan minyak.
- 4
Apabila minyak sudah panas,masukkan bawang dan cili.Tumis sehingga layu.
- 5
Apabila sudah layu,masukkan daging dan kacau sebentar.
- 6
Setelah itu masukkan sos bawang putih,sos tiram dan kicap manis. Gaulkan sehingga sebati.
- 7
Masak sehingga mendidih.
- 8
Setelah semuanya mesra,masukkan tomato.Tomato di potong ikut suka.Gaul mesra.
- 9
Setelah itu boleh lah dipadamkan api dan di hidangkan.
- 10
Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.Ikhlas dari saya yatie fy.
- 11
Saya tidak menggunakan garam mahupun sebarang serbuk perasa kerana kicap,sos tiram dan sos telah cukup perasanya.
Tip
Cara rebus daging cepat empuk.Masak sehingga mendidih selama 5minit.Kemudian padamkan api selama 30minit.pastikan bertutup.Jangan dibuka penutup tersebut.Setelah cukup 30minit,hidupkan api semula dan biar mendidih selama 7minit dan boleh lah digunakan daging tersebut.Tidak perlu letak apa-apa ketika merebus
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi






















Komen