Biskut Oat Susu *

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Penggunaan oat segera dengan serbuk coklat yang kemudiannya disaluti susu tepung memang memberikan aroma dan rasa biskut yang sedap. Anak-anak pun pasti suka.

Biskut Oat Susu *

Penggunaan oat segera dengan serbuk coklat yang kemudiannya disaluti susu tepung memang memberikan aroma dan rasa biskut yang sedap. Anak-anak pun pasti suka.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45- 55biji
  1. Bahan A :
  2. 225 gmmentega
  3. 125 gmgula kastor / gula halus
  4. 1biji kuning telur
  5. 1 sudu tehesen vanila
  6. Bahan B :
  7. 20 gmtepung kastard
  8. 250 gmtepung gandum
  9. 75 gmtepung jagung
  10. 2sudu besar serbuk koko
  11. 100 gmquaker oat (guna instant oat dalam bekas merah)
  12. Bahan Hiasan :
  13. 100 gmsusu tepung
  14. 20 gmgula aising

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Mentega dan gula dipukul dengan sudip kayu sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan bahan-bahan ayak (tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan serbuk coco). Kacau sebati.

  4. 4

    Masukkan oat. Uli sebati sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat-bulat dan susun atas tray (sekiranya nak buat bentuk lain pun tiada masalah). Ulangi langkah ini sehingga adunan tepung habis. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25minit (bergantung pada jenis oven & saiz adunan yang dibentuk)

  5. 5

    Setelah siap dibakar. Sejukkan seketika atas tray.

  6. 6

    Gaul dengan adunan susu tepung dan gula. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Resipi Sepertinya