Roti Jala Moist #phopbylinimohd

aisha ridwan
aisha ridwan @cook_17007628
Dapur Manis

Roti jala merupakan antara menu “wajib ada” dalam setiap rumah terbuka atau acara makan-makan. Istmewanya resepi roti jala yang ingin saya kongsikan ini ialah teksturnya yang kekal lembut dan tahan lama, dari pagi hingga ke petang. Ianya enak dimakan bersama kuah kari ayam atau daging, sambal tumis mahupun serawa durian. Mari saya kongsikan.

Roti Jala Moist #phopbylinimohd

1 orang bercadang membuatnya

Roti jala merupakan antara menu “wajib ada” dalam setiap rumah terbuka atau acara makan-makan. Istmewanya resepi roti jala yang ingin saya kongsikan ini ialah teksturnya yang kekal lembut dan tahan lama, dari pagi hingga ke petang. Ianya enak dimakan bersama kuah kari ayam atau daging, sambal tumis mahupun serawa durian. Mari saya kongsikan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-15 sajian
  1. 1 kgtepung gandum
  2. 1.5 literair
  3. 500 mlsusu segar/susu cair/santan
  4. 1 cawanminyak masak
  5. 3biji telur
  6. 3sudu kecil garam
  7. 1sudu kecil pewarna kuning telur / serbuk kunyit

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Tepung gandum pastikan ditimbang betul-betul sebab ada jenis tepung gandum yang dijual dengan sukatan 850g sepeket.

  2. 2

    Satukan semua bahan dalam mangkuk atau besen besar. Kacaukan dengan senduk atau whisk sehingga sebati. Boleh juga menggunakan blender.

  3. 3

    Setelah sebati, tapiskan adunan bagi mengelakkan tepung yang tidak larut tersumbat ketika menjala nanti. Kemudian masukkan ke dalam botol penebar roti jala (seperti dalam gambar). Jangan lupa tutup rapat tutupnya.

  4. 4

    Sediakan kuali non stick. Gunakan api yang sederhana sahaja ketika memasak roti jala. Mulalah menebar. Tak kisah gaya bulat-bulat atau zig-zag. Tapi pastikan jangan tekan botol terlalu kuat supaya adunan yang keluar halus dan nipis.

  5. 5

    Apabila roti jala kelihatan kering diatas kuali (tiada permukaan basah), cepat-cepat keluarkan dengan cara menelangkupkan atau talam dan bolehlah di lipat atau digulung. Setelah siap, bolehlah dinikmati bersama kuah kari, sambal tumis mahupun serawa durian.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
aisha ridwan
aisha ridwan @cook_17007628
pada
Dapur Manis
Founder of Dapur Manis #kedaikektasikbiru
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya