Roti Telur Goyang

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

#phopbylinimohd #task4 #bread #cookpadmalaysia
Menu sarapan pagi rakyat Malaysia yang famous. Pekena dengan kopi o memang terbaik 😊

Kongsi

Ramuan

10minit
1orang
  1. 3 kepingRoti Patta
  2. 3biji Telur 1/2 masak
  3. Kaya
  4. Kicap
  5. Serbuk lada putih
  6. Majerin

Cara Memasak

10minit
  1. 1

    Panaskan air di dalam periuk. Biarkan ia masak sehingga mendidih. Apabila air mendidih, matikan api dan masukan telur yang telah dibersihkan. Rendam selama 5-7minit. Angkat dan ketepikan. Kemudian rendamkan dalam air sejuk 2-3minit.

  2. 2

    Bakar roti. Saya bakar guna pan sahaja. Guna api sederhana. Bakar selama 2minit atau sehingga garing sambil dibalik-balik roti tadi. Angkat dan ketepikan.

  3. 3

    Sapu roti yang dibakar tadi dengan kaya dan majerin

  4. 4

    Pecahkan telur setengah masak di atas roti. Hidangkan roti dengan serbuk lada putih dan kicap. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya