Ikan Tenggiri Masak Asam #PhoPbyLiniMohd #Batch 17

arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza

Ikan Tenggiri Masak Asam #PhoPbyLiniMohd #Batch 17

8 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6ketul ikan tenggiri
  2. 1 cmhalia
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 2biji bawang besar
  5. 1biji cili merah
  6. 1biji cili hijau
  7. 2sudu besar pes asam jawa
  8. 2sudu kecil gula
  9. 1/2sudu kecil garam
  10. 2sudu kecil serbuk kunyit
  11. Air secukupnya
  12. Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Sedia bahan-bahan. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit serta garam. Hiris bawang besar, halia, bawang putih, cili merah dan cili hijau.

  2. 2

    Gorengkan ikan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.

  3. 3

    Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili hijau. Setelah agak layu, masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa. Tambahkan air, sekiranya terlalu pekat.

  4. 4

    Tunggu sehingga air mendidih. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
pada

Komen

Resipi Sepertinya