Sup Perut Lembu

Lauk ni saya masak atas permintaan ayah saya. Dia suka makan ape yang saya masak.
Sup Perut Lembu
Lauk ni saya masak atas permintaan ayah saya. Dia suka makan ape yang saya masak.
Cara Memasak
- 1
Rebus perut dengan kapur makan. Letakkan 1 sudu besi untuk lembutkan perut. Rebus dalam 40 minit.
- 2
Kemudian, buang air rebusan tadi. Rebus sekali lagi dengan air biasa tanpa kapur makan. Rebus dalam setengah jam.
- 3
Dah siap rebus, buang air nya dan toskan. Ketepikan dulu.
- 4
Blend bawang putih, bawang besar. Halia ditumbuk kasar
- 5
Panaskan minyak, tumis bahan blender dan halia.
- 6
Apabila bahan tumis dah naik bau, masukkan rempah sup serbuk. Gaulkan dulu rempah serbuk tadi dengan sedikit air. Tumis seketika. Masukkan sup bunjut. Tumis lagi sehingga naik minyak, sentiasa kacau supaya rempah masak sekata.
- 7
Apabila rempah dah pecah minyak, masukkan perut lembu dan tambahkan air.
- 8
Kemudian masukkan lada hitam yang telah ditumbuk, ubi kentang dan juga kiub daging.
- 9
Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan garam kasar dan serbuk perasa.
- 10
Potong daun sup dan daun bawang. Taburkan di dalam sup. Tutupkan api dan siap untuk dihidang.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Perut Lembu Air Asam Perut Lembu Air Asam
#goldenapron#1resepi1pohonSaya sebenarnya tak makan perut lembu serta organ2 dalaman lembu ni. Atas permintaan en suami dan anak2 saya buatlah juga.Bila tengok rakusnya diorang makan hatipun berbunga2 seronoknya. Ini bermakna boleh diterima umum.Jom saya tunjukkan resepinya. Mudah aje... Hamidah binti Mokhtar -
Sup Tulang Tumis Darat Sup Tulang Tumis Darat
#kambu masakan yang ringkas..tapi amat menyelerakan..sup tulang cara saya..jom kita lihat resepi.. Sarmila Sharif -
Sup Daging Lembu Korban Sup Daging Lembu Korban
Disebabkan minggu raya haji, banyak dapat daging lembu korban. Paling sedap buat sup. Mudah dan cepat kerana daging lembu yang fresh.#kambu #goldenapron Zurasyima Zahari -
Sup perut cara ma Sup perut cara ma
Sup perut adalah kegemaran kami sekeluarga, sejak kami kecik lgi ma myediakan sup perut dgn cara begini. Sampai sekarang kalau nk buat sup perut pasti resepi yg sma digunakan, menurut mak abah yg ajar mak cara masak sup perut ni🤭, memang sedap dihirup time² hujan ni. Selamat mencuba❤️ #goldenapron2020 saya selalu mkn sup perut, dengan air cicah nya juga nanti saya akan kongsikan resepi air cicah sup perut ini😋 KAM -
Perut lembu Air Asam Perut lembu Air Asam
Hari ni pergi pasar seksyen 6,shah alam sebab pergi pasar meru,pasar meru tutup.nampak perut trus rasa nak buat menu ni..simple,mudah n sedap.. Anis Zakaria -
Sup Perut Sup Perut
71/2021/RoadTo1k/756Perut hakak guna ni perut rusa tau🤭. Ni last kopek dari rusa yang disembelih awal March hari tu. Nanti hakak masuk resipi2 lain berkaitan rusa ni juga. Banyak dah masak ni haa. Tapi macam biasa tak dan nak tulis resipi..Hakak masak sup hari ni sebab tekstur sup ni lebih ringan (even lemaks rusa ni leh tahan jugak haa😅). Sesuai ler untuk hakak yang sakit perut ni makan. Masak simple je hari ni. Janji dapat masak iftar untuk suami dan makan bersama-sama suami. Alhamdulillah untuk segala nikmat ni ❤️ Salina Jalaludin -
Sup rangka ayam Sup rangka ayam
#goldenapron2020#week24Lama sangat tak makan ni. Sebab rangka susah nak cari. Kena keluar rumah awal pagi baru boleh dapat. Lauk ni akak buat, memang ratah saje. Tak sempat makan dengan nasi. Tapi buat kuah sup lebih memang best la kalo makan dengan bihun. AeJaa 📸 -
Sayur lemak perut lembu Sayur lemak perut lembu
Sape pernah makan masak lemak perut lembu? Ini adalah masakan kegemaran saya, masak lemak adalah masakan biasa kita di malaysia. Tpi menggunakkan perut lembu adalah sangat sedap dan jarang saya jumpa, bagi saya bahan² nya juga senang didapati. Masakan ini boleh dipelbagaikan dengan menambah sayur sayuran kegemaran kita, sayur yg wajid bgi sayur lemak perut lembu adalah taugeh, kacang panjang, dan petai atau mau tukar kepada bahan lain juga boleh . Nk gunakan bahan lain selain perut lembu juga bolehcontohnya lala, udang atau bahan bercengkerang yg lain Selamat mencuba 🤗🤗 KAM -
Sup Kepala Ikan Merah Sup Kepala Ikan Merah
Sup Kepala Ikan Merah lauk berbuka puasa saya hari ni.. Ikan merah ni suami yg dapat hasil memancing 2 hari lepas..suka sgt dia dapat ikan merah sebab kali ke-2 dapat ikan tu.. Alhamdulillah suami puji sedap..sampai 3 kali tambah nasi..berselera betul dia..hihii.. Sup ni saya buat simple2 je tapi insyaAllah sedap..ikan fresh2 plk tu..langsung x hanyir.. Nor Al Fatihah -
Sup Kaki Lembu Sup Kaki Lembu
#goldenapron2020#minggu19Dulu masa kecik-kecik selalu tengok arwah mak dan kakak-kakak yang masak sup kaki lembu seperiuk besar bersama tulang lembu lepas qurban lembu pada hari raya haji. Sup kaki lembu agak unik kerana bila qurban lembu jea boleh dapat merasainya. Kerja memang remeh tapi sejak berkahwin nie, mak dah tak ada. Belajar masak sendiri sup kaki lembu hasil melihat arwah mak dan kakak-kakak yang masak dulu-dulu.So setiap kali pada hari raya korban, saya akan cuba minta encik suami bawa pulang kaki lembu jika kebetulan encik suami menyertai korban. Hari biasa memang susah nak dapat kaki lembu. Untuk mengerjakan kaki lembu nie perlu kesabaran. Saya suka sup kaki lembu sebab rasa dagingnya lembut dan kenyal. Memang syok makan tau 😋😋😋Sebenarnya resepi nie asalnya dibuat untuk #unique2u tapi terlupa terbitkan. Sedihkan 😪 sebab dah lama plan simpan tulang kaki lembu yang dapat masa qurban raya haji lepas. Pastu dah siap-siap taip tapi terlupa tarikh akhir hantar. Bila masak dan upload kat fb, kawan tegur cakap dah lepas tarikh....hukhukhuk😢Jadi upload untuk minggu 19 jea la😌 Noor Hassan -
Sup Daging PADU 🐮🔥 Sup Daging PADU 🐮🔥
Alhamdulillah, kawan jual daging fresh and terpikir nak masak sup. Paling mudah, paling sedap dan boleh buat lauk sampai malam. Jimat. Sebahagian daging dan ada sedikit tulang rusuk.Resepi ni saya olah sendiri ye. 😋❤️P/S : Nak cepat boleh guna pressure cooker gais. 😆 Nurul Kefftya -
Masak Lomak Cili Api Rebung & Perut Lembu Masak Lomak Cili Api Rebung & Perut Lembu
🇲🇾Merdeka Special Cp Passport🇲🇾❤Negeri Sembilan: #merdekapassportMasak lomak cili api memang sangat sinonim di Negeri Sembilan.Jika ada majlis keramaian seperti majlis kahwin hidangan masak lemak cili api menjadi menu wajib bagi masyarakat negeri sembilan.Kebetulan juga saya memang peminat masak lemak cili api perut dengan rebung ni.Jadi saya memilih menu masak lemak cili api rebung dengan perut ini mewakili merdeka passport saya untuk Negeri Sembilan.Jika mengikut menu asal tradisi masyarakat Negeri Sembilan masak lemak cili api ini hanya menggunakan cili padi,kunyit,serai,santan,asam gelugur ,garam dan sedikit gula dimana ia langsung tidak menggunakan bawang.Namun saya masak ikut citarasa saya,saya letak sedikit bawang merah dan bawang putih juga.Tidak dinafikan ianya sangat sedap dan menyelerakan.Untuk rebung sebenarnya saya lebih suka rebung yang dijeruk terlebih dahulu dalam sehari.ia lebih menyedapkan lagi bila dimasak lemak cili api dengan perut lembu ini. Q'leenalee's Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen