Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap #phopbylinimohd#batch18

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

#cookpadmalaysia
#goldenapron
#minggu9

Tempe goreng memang sinonim dengan negeri Johor. Sedap dimakan panas-panas. Samada dijadikan sebagai pelengkap hidangan nasi atau dimakan begitu sahaja.
Aroma rempah serta kerangupannya pasti menambat selera. Tambahan lagi, dicicah pula dengan sambal kicap yang manis-manis pedas tu.
Huh! memang tak toleh orang belakang dah. Dalam tak sedar, tetiba habis je😂

Jom sama-sama lihat resepi ini😉

Tempe Goreng Berempah dan Sambal Kicap #phopbylinimohd#batch18

#cookpadmalaysia
#goldenapron
#minggu9

Tempe goreng memang sinonim dengan negeri Johor. Sedap dimakan panas-panas. Samada dijadikan sebagai pelengkap hidangan nasi atau dimakan begitu sahaja.
Aroma rempah serta kerangupannya pasti menambat selera. Tambahan lagi, dicicah pula dengan sambal kicap yang manis-manis pedas tu.
Huh! memang tak toleh orang belakang dah. Dalam tak sedar, tetiba habis je😂

Jom sama-sama lihat resepi ini😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang makan
  1. A) Bahan-bahan tempe goreng berempah:
  2. 4 kepingtempe
  3. 3-4sudu tepung beras
  4. 2sudu ketumbar
  5. 1/2sudu jintan manis
  6. 1/2sudu jintan pedas
  7. 1/4sudu serbuk kunyit
  8. 1/2kiub pati ayam (saya guna jenama maggi)
  9. 1 ulasbawang putih
  10. 5-6sudu air tapis untuk mencairkan tepung beras
  11. Minyak masak secukupnya untuk menggoreng (anggaran 2 cawan)
  12. B). Bahan-bahan sambal kicap
  13. Segenggam cili padi (20-23biji)
  14. 5 ulasbawang putih
  15. 3sudu gula pasir
  16. Secubit garam
  17. 1/2 cawankicap manis
  18. 2biji limau kasturi (ambik jusnya)
  19. Sedikitminyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan tempe goreng berempah dan sambal kicap seperti dalam gambar di bawah ini.

  2. 2

    Tempe boleh dipotong kepada beberapa bahagian mengikut suka masing-masing. Saya pula suka ianya dipotong saiz sederhana. Boleh lihat pada gambar yang saya sediakan ye. 🙂

    Tumbuk kasar ketumbar, jintan manis, jintan pedas & bawang putih, ketepikan.

  3. 3

    Satukan tepung beras, serbuk kunyit, kiub pati ayam dan semua bahan tumbuk. Bancuh dengan air tapis secukupnya.
    Masukkan juga semua potongan tempe tadi, gaul rata.

  4. 4

    Panaskan minyak masak.
    Goreng tempe semuat-muat saiz kuali anda.
    *Sekiranya kuali kecil, boleh menggoreng sedikit demi sedikit dan diulang bebeberapa kali ye.
    Tunggu sebelah bahagian garing dan cantik masaknya, pusing bahagian sebelah lagi.
    Tunggu sebentar hingga kekuningan dan cukup garing.
    Angkat dan toskan minyak.

  5. 5

    Cara membuat sambal kicap:
    - Goreng sebentar cili padi bersama bawang putih dalam sedikit minyak yang sedia dipanaskan. Angkat dan toskan minyak.
    *tips: lukakan cili/pecahkan sedikit bagi mengelakkan ia meletup-letup sewaktu menggoreng.
    - Tumbuk lumat cili dan bawang putih bersama gula dan secubit garam.

  6. 6

    Sesudah itu, masukkan kicap dan perahan jus limau kasturi.
    Simpan di dalam bekas bersih bertutup.

    Sedia dihidangkan bersama tempe goreng berempah tadi.
    Selain itu, ianya sangat sesuai dihidangkan bersama aneka makanan goreng dan bersup.

  7. 7

    Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchen. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya