Donut sambal

Lily Suryani Mohd Ali
Lily Suryani Mohd Ali @lilynurin37
Jerantut Pahang

#bonuspastry
#goldenapron
#saturesepisatupohon

Saya tinggal di kampung yang jaraknya 30 kilometer dari bandar.bila Min Sha kata bonus untuk golden apron kena buat pastry, mula saya serba salah.nak buat atau tidak.tak kan saya nak keluar ke bandar semata mata sebab nak beli kulit pastry sahaja.
Fikir punya fikir teringat dalam peti ais ada sambal nasi lemak semasa kenduri gotoroyong kampung.maka terjadilah donat sambal.cuma saya ubah bentuk nya supaya nampak lebih menarik..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 cawantepung gandum
  2. 1pekat mauripan
  3. 3sudu besar susu pekat
  4. 2sudu besar majerin
  5. 1sudu kecil pelembut doh
  6. 1biji telur
  7. 1 1/2 cawanair suam
  8. 1mangkuk kecil sambal nasi lemak
  9. 3 cawanminyak utk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan,masukkan majerin dan pelembut doh ke dalam besen yang berisi tepung.Dalam jug masukkan air suam dan mauripan serta susu pekat.bancuh bagi sebati.kemudian tunggu hingga berbuih.bika sudah berbuih bermakna yis sudah cukup kembang. Gaul bagi sebati tepung yg berisi majerin tadi.kemudian masukkan telur.

  2. 2

    Tepung yg dimasukkan telur tadi digaul sebati.kemudian tambah air sedikit demi sedikit.uli hingga menjadi doh yg tak melekat di tangan..perapkan doh selama 20 minit.

  3. 3

    Setelah 20 minit.ambil doh tadi.canaikan seperti dalam gambar di bawah.kemudian letak sedikit sambal.tutup dan tekan dengan garfu di sekelilingnya.dan cantumkan penghujungnya hingga bertemu dan jadi bentuk bulat.buat hingga selesai ke semua doh.rehatkan lagi selama lima belas minit.kemudian panaskan minyak dan boleh di goreng dengan api sederhana.

  4. 4

    Bila agak kekuningan boleh lah diangkat dan di hidangkan.selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lily Suryani Mohd Ali
pada
Jerantut Pahang
suka masak ,makan,ambil gambar😃
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya