Cara Memasak
- 1
Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang merah.
- 2
Bila bahan tumis dah naik bau boleh masukan sayur sawi.
- 3
Masukan bahan perasan kacau sebentar dan masukan sebiji telur. Kacau 2-3 minit dan siap.
Resipi Sepertinya
-
Sayur Sawi Tumis Telur Sayur Sawi Tumis Telur
Simple tapi sedap, serius menu ni memang anak-anak suka makan. Selalu kalau sawi tak tumis ngan telur mesti ngan fishcake. Nampak menu ni Min @MocQue share terus cooksnap. Terua kasih, suka sangat Sawi masak macam ni. Aznie Khasri -
-
Sawi Tumis Telur Sawi Tumis Telur
Hari ni lupa nak beli sayur jadi takde lauk sayur. Asyik hujan dalam beberapa hari ni malas nak ke belakang rumah (kebun mini). Bila nampak suami saya capai kasut boot ala Pua Chu Kang, saya terus cakap “bang! Alang-alang abang dah pakai boot tu, boleh tak tolong saya ambikkan sayur sawi kat belakang tu? Takde lauk sayur hari ni.” Suami pun angguk-angguk kepala sambil cakap “sawi putih ke sawi hijau?” Saya jawab “mana-mana pun boleh.” Maka nya ada dua jenis sawi yang masing-masing nya serba sedikit. Tak kan nak masak sikit, hmm.. terus siang dan campurkan sekali untuk mendapatkan sepinggan. Dapur Yusfarisyia -
Sawi Putih Tumis Telur Sawi Putih Tumis Telur
Sayur sawi selain digoreng letak ayam, udang, ikan bilis, udang kering, bebola ikan, kek ikan, daging, telur ianya juga sedap dimasak berkuah. Ada yang suka kuah banyak dan ada yang suka kuah sedikit. Sedap dimakan dengan nasi putih dan ikan goreng serta sambal kicap. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Sawi Tumis Sayur Sawi Tumis
#goldenapron2020Kita suka makan sawi. 😋Kalau masak asam pedas, mesti nak kene ada sawi. Hehehh. Kecik2 mak ajar macam tu 🤭😬. Jom masak ✌🏽 Ain Mohd Kitchen -
Sawi Tumis Mudah Sawi Tumis Mudah
#MenuBerbukaMenu sangat mudah untuk berbuka puasa. Anak-anak berbuka di luar bersama kawan-kawan mereka. Tinggal saya dan suami jer kat rumah. Menu campak-campak pun dah cukup untuk kami berdua. Dapur Yusfarisyia -
-
-
Sawi goreng telur Sawi goreng telur
Mamaell tengah berusaha diet ni. Sebab terasa badan ni naik sangat🤭. Janganlah gelakkan mama yer. Ni cara mama diet. Setakat ni berjaya je turun berat. Kejadian lepas tu ikut nafsu mama lah nak makan lebih atau kurang😅. Simple je juadah diet cara mama. Untuk buat sayur makan nasi pun boleh. Nak tau resepi nya? Moh kita lihat moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Sayur Sawi Tumis Air Sayur Sawi Tumis Air
Ni antara menu yang sangat jimat kosnya dan mengimbau zaman kanak-kanak. Maklumla adik beradik 6 orang masih kecil-kecil. Menu macam ni, makan dengan nasi dan ikan sepat masin pun sedap.Dulu Mak ambik upah tanam padi. Turun ke sawah jam 7.30 pg hingga 12.00 tgh. Sebelum turun semula ke sawah pada pukul 2.00 petang, Mak hanya ada 2 jam untuk sediakan makan tengahari. Jadi sayur sawi tumis air ni sangat senang disediakan. Kami pun suka, sebab boleh makan kuah banyak-banyak. Kadang-kadang masukkan telur ayam dalam sayur ni. Makan ramai-ramai sekejap je habis seperiuk. Rose Nani Nizah Nayan -
Sup Sawi Telur (R197) Sup Sawi Telur (R197)
Yok Mari!-…nikmati lauk ‘Sup Sawi Telur’ yang sungguh menyegarkan ini….. mesti makan panas-panas baru kelazatannya dapat dirasakan …. Selanat mencuba resepi mudah ini….. Zahrah Buang -
Sup Sayur Sawi Tauhu Sup Sayur Sawi Tauhu
Sedap jugak kalau makan lauk mcm ni kadang-kadang. Simple dan mudah je nak masak. MocQue
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/16498214
Komen (3)