Easy Crunchy Cornflake Chicken
Golden Apron 2023❤️
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan2 terlebih dahulu. Ayam potong, bersihkan Dan toskan.. Lumur dengan sedikit garam.. ketepikan
- 2
Pecahkan telur Dalam mangkuk kecil Dan kacau2.. ketepikan
- 3
Mangkuk lain, masukkan tepung Dan perasakan dengan garam Dan serbuk lada putih secukupnya.. Gaul sebati.. ketepikan..
- 4
Mangkuk lain lagi, sediakan cornflakes Dan hancurkan.. tidak terlalu halus Dan kasar (sederhana sahaja)..
- 5
Susun ke semua bahan tadi..
Cara nak salut:
1. Celup ayam ke Dalam tepung
2. Celup Pula ke Dalam telur Yang dikacau tadi
3. Salut dengan cornflakes Yang telah dihancur kasarSusun ayam Yang telah disalut tadi.. buat sehingga ayam habis.
- 6
- 7
Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam tadi..
Bila minyak panas, masukkan ayam, guna api sederhana.. goreng sehingga keemasan.. goreng sehingga habis..
Ayam Goreng cornflakes siap 😍
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi




















Komen