Oden

Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394

Oden - ialah sejenis makanan dari negara matahari terbit, Jepun dan ianya selalu disaji ketika musim salji/sejuk. Apabila dapat bonus untuk hidangan Oden cepat la jari jemari ni mengugel serba sedikit mengenai hidangan bernama Oden. Rupanya ianya sup yang mengandungi telur rebus, pelbagai kek ikan, bebola ikan dan sayuran. Nah, ini dia Oden citarasa Malaysia dan saya gunakan pes Laksa Sarawak yang sentiasa ada stok di rumah untuk kelainan. Cepat dimasak enak dimakan.

#oden
#goldenapron2020

Oden

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 Hidangan
  1. 2 gelasair
  2. 1 sudu makanpes laksa sarawak
  3. 1sudu kecil serbuk ayam knorr
  4. 6jejari ketam - dipotong dua
  5. 8biji bebola ikan/ pelbagai seafood products/ bebila ayam
  6. 1ketul kek ikan dipotong beberapa bahaigian
  7. 1papan mi hun dicelur

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan- bahan. Celur mi hun dan tuskan. Rebus air dan masukkan serbuk ayam knorr dan pes laksa sarawak hingga mendidih.

  2. 2

    Selepas mendidih masukkan kesemua bahan- bahan tapuan seperti bebola ikan/ ayam/ pelbagai makanan laut- jejari ketam dan kek ikan.

  3. 3

    Tuang ke dalam mangkuk hidangan dan masukkan mi hun yang telah dicelur tadi. Hiaskan dengan taburan daun bawang. Enak disaji bersama teh hijau panas atau sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394
pada

Komen

Resipi Sepertinya