Pai Ayam

Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394

#phopxcookpad2020
#CookpadMalaysiatask3
#goldenapron2020
#phopbylinimohd

Kami sekeluarga memang minat makan pai ayam. Apabila mendapat task3 ‘pastries and coffee’ dalam #phopxcookpad , saya terus teringat untuk membuat pai ayam. Sambil berphop sambil menikmati pai ayam kesukaan keluarga. Pastri pai ini sunguh ranggup dan sedap kerana mengguna pure butter, itulah rahsia mendapat pastri yang sedap dan harum. Semasa membakar pai ayam ni pun, harum semerbak dapur saya. Sila lah mencuba resipi ini, anda pasti tidak menyesal.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. Pastri:
  2. 100 gmpure butter (disejukkan hingga beku)
  3. 200 gmtepung gamdum
  4. secubit garam
  5. 6sudu air bercampur ais
  6. Inti:
  7. 300 gmdada ayam dipotong dadu
  8. 2 sudu makanmentega
  9. 1biji bawang besar dipotong dadu
  10. 1 sudu makantepung gandum
  11. 2biji besar kentang dipotong dadu
  12. 100 gmmixed vegetables frozen
  13. 1sudu kecil mixed herbs
  14. secubit garam

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan mentega, garam dan tepung ke dalam mangkuk. Jika mentega masih beku boleh diparut supaya menghasilkan doh yang rapuh. Ramaskan adunan dengan jari hingga menjadi seperti breadcrumbs/ serbuk roti.

  2. 2

    Tuangkan air bercampur ais (langkah ini wajib supaya doh ranggup) ke dalam adunan serbuk tepung dan mentega hingga menjadi doh yang lembut.

  3. 3

    Balutkan doh ke dalam cling wrap dan simpan di dalam petisejuk selama 30 minit.

  4. 4

    Sementara itu, sediakan filling/ inti pai. Panaskan butter dan tumis bawang besar. Setelah wangi masukkan tepung dan gaul cepat-cepat. Kemudian masukkan ayam dan goreng sebentar. Masukkan kentang dan mixed vegetables. Tambah air dan lihat kepekatan kuah inti. Masukkan mixed herbs dan garam. Biarkan hingga masak.

  5. 5

    Selepas itu canaikan doh dan ikut ukuran saiz acuan diguna. Saya mengguna acuan pai saiz 5.5 cm. Canai untuk dasar dan penutup atas pai. Masukkan inti secukupnya ke dalam acuan yang dialas dengan doh sebagai dasar/base dan tutup dengan satu lagi doh untuk penutupnya. Kelimkan tepinya dengan garfu dan cucuk atas doh. Sapu dengan kuning telur dan bakar selama 20 minit mengikut kepanasan oven masing- masing.

  6. 6

    Hidangkan pai ayam ini bersama secawan kopi pekat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394
pada

Resipi Sepertinya