Lotus Root Chips

Dah lama nak try akar teratai atau lotus root ni. Masa gi grocery shopping hari tu ada jumpa, cari kat Cookpad terusss ternampak resipi MinKana @kanaaneko terusss save nak buat. Bezanya kita punya versi pemalas la macam tak biasaaaa. Kita tak rendam dulu dalam air cuka, terus goreng. Garam pun tak bubuh sebab dia dah cukup sedap dah bila goreng, cukup manis, lemak, semua. Rasa dia bagi kita macam ubi ngaku. Tapi bila dah goreng kena makan panas-panas sebab once sejuk dia jadi liat, dah tak berapa nikmat.
.
#TahunBaruBahanBaru

Cara Memasak
- 1
Ni rupa lotus root. Agak besar jugak bendalah ni, saiz macam saiz labu air. Keratan rentas dia rupa macam gambar last tu. Cantik kan? Kalau buat tekap-tekap stamping untuk art class ni bagus nih! (Siapa ingat lagi masa sekolah dulu kita guna ubi kentang dengan bendi untuk main tekap-tekap dalam art class?)
- 2
Hiris senipis yang boleh. Lagi nipis lagi crunchy. Lepas hiris, panaskan api lepas tu goreng sikit-sikit sampai garing. Jaga-jaga jangan sampai hangus, sebab dia cepat garing.
- 3
Dah goreng sila lah nikmati dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Pesen kita dah goreng terus ngap masuk mulut. Pastu sakit perut 2 hari sebab dah makan banyak sangat kah kah kah. Lotus root ni bersifat peristalsis yang menyebabkan digestive tract contractions. Yang cenderung masalah angin pun berpada-pada lah makan ye.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)