Turkish yogurt cake

Tekturnya lembut & creamy macam cheese cake tetapi lebih airy & rich. Macam soufflé pun ada. Hepi meneraiiii 😉
Turkish yogurt cake
Tekturnya lembut & creamy macam cheese cake tetapi lebih airy & rich. Macam soufflé pun ada. Hepi meneraiiii 😉
Cara Memasak
- 1
Panaskan oven pada suhu 180c. Grease/spray & alas loyang saiz 6inc
- 2
Guna mixer dan pukul telur putih hingga menjadi soft peaks lebih kurang 4-5 min dan ketepikan
- 3
Didalam mangkuk pengadun lain guna mixer dan pukul telur kuning & gula hingga berwarna pucat & gebu, lebih kurang 4-5 min
- 4
Campurkan garam, tepung, yogurt, jus & kulit lemon kedalam bancuhan telur kuning hingga sebati
- 5
Perlahan2 masukkan separuh dari telur putih dan kaup balik kedalam bancuhan yogurt
- 6
Kemudian masukkan baki telur putih, scrap sekeliling mangkuk & bahagian dasar mangkuk pengadun, hingga bancuhan elok sebati. Pindahkan bancuhan kedalam loyang
- 7
Bakar pada suhu 180c (oven k’roy 170c) selama 35 min - 45 min atau bahagian atas kek nampak keperangan. Test guna lidi/cake tester untuk memastikan kek sudah masak. Jika lidi bersih maknanya kek sudah elok masak. Kek akan naik tinggi semasa dibakar tetapi akan turun seperti souffle semasa keluar oven. Itu normal
- 8
Sos blueberry: ambil 1 sudu makan buah blueberi & ketepikan. Campurkan semua bahan & didihkan diatas api kecil. Kacau hingga pekat sambil lenyekkan buah blueberi. Tutup api & campur 1 sudu baki buah blueberi tadi. Biarkan sejuk baru sudukan keatas kek. Hepi meneraiiii 😉
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

















Komen