Roti Manis

Percaya tak dengan hanya guna tepung gandum sahaja, tanpa menggunakan tepung roti pun kita boleh menghasilkan roti yang sedap..???
Tambah pula tidak menggunakan telur, shortening dan pelembut roti..
Tapi hasilnya, roti tetap lembut dan sedap.
Rahsianya, guna minyak masak. Ye minyak masak yg kita guna buat masak tuu.. tak kisahlah jenama apa, janji minyak masak.. Minyak masak akan menjadikan doh lembut dan elastik.
Selamat mencuba.. 🫶🏻

Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung gandum, yis kering, gula dan air ke dalam bread maker. Tekan on dan pilih menu untuk ulian. Bila doh hampir sebati, masukkan marjerin. Bila marjerin dah sebati, masukkan pula minyak masak. Minyak masak ni yg akan buat doh jd lembut dan elastik. Bila doh telah siap, sapukan 1 sudu myk masak diatas doh. Kemudian biarkan doh naik.
- 2
Bila dojlh telah naik, tumbuk dan buang anginnya. Uli dan bahagikan kepada 6 bahagikan. Roundingkan doh.
- 3
Canai doh memanjang. Letakkan choc chip. Gulungkan doh. Kepit-kepitkan seperti didalam gambar.
- 4
Buat hingga habis Dan susunkan dalam loyang 8x8 yg telah disapu dengan marjerin. Tutup loyang dan biarkan doh naik 2x ganda. Sapukan fresh milk diatasnya kemudian taburkan choc rice.
- 5
Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit. Api atas bawah. Selepas keluar Dari oven terus keluarkan Dari loyang. Supaya roti tak kecut jika dibiarkan dalam loyang panas.
- 6
Siap untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen