Jeruk Manis Mempelam (Pauh Ringan / Pelam Telur)

233/2026 (2575/3K)
#CookpadApron2026 (Week 14: Manis Masam Buah Kita)
Alhamdulillah..kutip mangga dari pokok tepi rumah. Inilah yang wajib Uchu buat bila buah mangga ni dah terlalu banyak. Baru je buat jeruk pedas merah pauh epal baru2 ni dan dah habis dah pun. Kali ni buat yang manis je.

Cara Memasak
- 1
Buah pauh yang muda dibelah bersama biji yang masih lembut. Jika bijinya sudah keras, hiris sahaja.
- 2
Gaul mangga dengan garam. Biarkan selama 15 minit. Kemudian masukkan air. Rendam semalaman. Toskan.
- 3
Kemudian masukkan air baru separas mangga. Campurkan dengan kapur makan. Gaul rata. Rendam lagi 4-6 jam. Bilas dan toskan sampai betul-betul kering air rendaman.
- 4
Agihkan mangga ke dalam bekas yang bersesuaian atau dalam balang plastik/ kaca.
- 5
Masukkan gula pasir dan gula batu dalam periuk. (Uchu blend terlebih dahulu supaya cepat larut)
- 6
Masukkan air. Masak sehingga gula larut. Sejukkan sepenuhnya air gula.
- 7
Campurkan air gula dengan cuka. Kacau sebati.
- 8
Tuangkan air gula ke dalam mangga. Biarkan mangga dalam air gula 3-4 hari di dalam peti.
- 9
Sedia dinikmati jeruk mangga bersama kuah jeruknya.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen