Laksa Utara

#goldenapron#minggu12
Laksa adalah antara makanan kesukaan saya so kali ini saya nak kongsi resepi laksa utara cara saya buat. Mudah sahaja yang penting sedap dan menepati selera saya dan anak-anak terutamanya.
Laksa Utara
#goldenapron#minggu12
Laksa adalah antara makanan kesukaan saya so kali ini saya nak kongsi resepi laksa utara cara saya buat. Mudah sahaja yang penting sedap dan menepati selera saya dan anak-anak terutamanya.
Cara Memasak
- 1
Perisikan ikan yang telah direbus. Asingkan tulang dan bahagian isi.Kisarkan isi ikan hingga lumat.Bahagian tulang jangan dibuang ya nanti akan dikisar juga dengan menggunakan air rebusan ikan tadi.
- 2
Masukkan bawang besar, bawang kecil dan belacan ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
- 3
Masukkan bahan- bahan yang telah dikisar tadi termasuk cili kering kisar ke dalam periuk.Bahagian tulang yang diasingkan tadi juga dikisar dan tapis airnya lalu dimasukkan juga ke dalam periuk.
- 4
Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini. Masukkan juga asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
- 5
Biarkan kuah masak diatas dapur hingga mendidih. Sementara itu bolehlah rebus laksa dan telur.Setelah kuah masak boleh dihidangkan dengan laksa dan ulam-ulaman.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi












Komen