Mee Suah Sup

Resepi mee suah sup ini saya belajar resepinya dari arwah abah saya. Resepi asal yang saya pelajari adalah menggunakan ikan yang direbus. Ditumbuk isinya dan airnya digunakan untuk sup. Semasa merebus ikan, boleh masukkan juga halia dan bawang merah. Saya menukarkan kepada udang kerana ianya lebih simple dan cepat. Boleh juga gantikan dengan ayam atau seafood kesukaan. Ada juga menggunakan udang kering. Terpulang kepada citarasa serta bahan tersedia dirumah. Selamat mencuba❤.
#goldenapron2020
#week15
#meesuah
#cooksnaphunt

Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan seperti di bawah.
- 2
Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- 3
Masukkan udang dan kacau kan sehingga sebati.
- 4
Masukkan air rebusan kulit udang dan air biasa dan biarkan sehingga mendidih. (Jika suka kuah banyak boleh tambahkan air lagi)
- 5
Masukkan mee suah dan daun kucai. Tunggu sehingga mee suah lembut.
- 6
Masukkan garam, lada hitam, garam dan maggi cukup rasa. Masukkan telur sebiji-sebiji dan biarkan sehingga telur masak.
- 7
Sedia untuk dihidang. Boleh juga menggunakan daun bawang atau sayuran lain yang disukai). Selamat mencuba.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)