Sup Cendawan Tiram

Saya amat menggemari makanan berasaskan cendawan tiram. Samada dibuat sup atau digoreng.
Resepi ini saya pelajari dari kakak saya. Untuk menyedapkan sup ini kakak saya meletakkan daun kunyit bagi mengurangkan sedikit bau cendawan. Sup ini sedap dimakan begitu sahaja atau tambahkan sedikit nasi bagi yang ingin berdiet.
#goldenapron2020
#week23
#cooksnap
#cooksnaphunt

Cara Memasak
- 1
Bawang putih dan bawang merah dihiris. Daun kunyit dipotong kecil. Bawang besar dan cili merah dihiris serong.Cendawan yang besar bolehlah disiat dua.
- 2
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang. Tumis sehingga udang masak.
- 3
Tambahkan air dan daun kunyit. Bila air sudah mendidih, masukkan cendawan bersama hirisan bawang dan cili. Perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa. Tambahkan sedikit serbuk lada putih. Bagi yang suka pedas, boleh tambahkan cili padi. Siap untuk dihidang.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)