Kalakatar Mak Wan Style

Mak Wan ni panggilan yang kami sepupu sepapat gunakan untuk nenek kami.
Resepi ini saya gunakan oven sahaja.
Terima kasih buat abang sepupu yang telah menyediakan video cara-cara mak wan menyedia kuih ini. Terubat rindu nak merasa keenakan kuih ini dengan rasa lemak kelapa dan isinya.

Cara Memasak
- 1
Bancuh bahan-bahan kecuali telur dan isi kelapa. Jika kurang manis tambah gula lagi. 1/2 cawan gula saya kurangkan lagi 2 sd besar. Kacau sebati. Tambahkan telur dan tapis adunan.
- 2
Tambahkan separuh isi kelapa dan gaul sebati.
- 3
Masukkan adunan ke dalam loyang 8 " yang telah disapu dengan minyak masak pada permukaan. Taburkan dan susun isi kelapa yang berbaki.
- 4
Masak dalam oven suhu 180-200°C selama 40 min - 1 jam.
- 5
40 minit pertama api atas bawah. 15 minit seterusnya api atas sahaja untuk dapatkan warna keemasan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen