Scones

#sekones #goldenapron2020
Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat scones setelah melihat anak buah saya menikmati scones dengan teh panas semasa bercuti di cameron highland baru-baru ini (sebelum 3rd wave C19)😊.
Setelah menonton 'Mona' kampung people asyik menyebut sekones ianya menambahkan keinginan saya untuk mencubanya tapi hasrat itu terhenti juga disitu. Apabila melihat cabaran dari cookpad dan bahan-bahan juga tersedia dirumah serta hari ini merupakan cuti bagi saya, maka saya pun menyahut cabaran ini.
Ini merupakan percubaan pertama saya menghasilkan scones.
Semestinya saya mencari resepi dari pastry chef terkenal iaitu Anna Olson. Setelah melihat video beliau menyediakan scones serta beberapa video lain, baru saya yakin untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah saya berpuashati dengan hasil pertama ini. Terimakasih cookpad!!
#sekones
#goldenapron2020
#scones
#cooksnap
#1sttime

Cara Memasak
- 1
Campurkan tepung, gula dan lemon zest dan kacau sebati. Campurkan butter sejuk kedalam campuran tadi.
- 2
Sebatikan butter dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bulatkan ditengah. Tambahkan susu dan kuning telur kedalam bekas tadi.Gaulkan perlahan-lahan sehingga adunan sebati.Masukkan adunan ke dalam chiller dalam 15 minit.
- 3
Setelah 15 minit, keluarkan doh tadi dan canaikan lembut menggunakan tangan (Saya alaskan baking paper supaya doh mudah diangkat). Tambahkan tepung jika perlu untuk mudah mengendalikan doh. Terap menggunakan acuan bulat dan susun di atas tray. Sapukan campuran putih telur dan susu di atas scones sebelum di bakar.
- 4
Bakar pada suhu 180⁰C sehingga scones masak (oven saya memerlukan masa 20minit untuk scones masak).
- 5
Angkat dan sejukkan scones sebelum di sapu butter dan jem kesukaan. Nikmati scones dengan teh panas. "Keep Calm & Eat Scones"🥰
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen