Kari Ikan Merah Mamak Style (Tanpa Santan)

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Menu sempena Deepavali untuk makan tengah hari. Sambil layan filem Tamil 😁

#goldenapron2020

Kari Ikan Merah Mamak Style (Tanpa Santan)

Menu sempena Deepavali untuk makan tengah hari. Sambil layan filem Tamil 😁

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
4 orang
  1. 800 g- 1kilo Ikan Merah
  2. Kisar Halus
  3. 1biji bawang besar
  4. 3biji bawang kecil
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 1inci halia
  7. Bahan Lain
  8. 2biji bawang kecil - hiris
  9. 2-3tangkai daun kari
  10. Rempah campuran - halba, biji sawi, jintan
  11. 2sdb serbuk cili
  12. 5sdb serbuk kari ikan
  13. 2-3 kepingasam gelugor
  14. 1sdt asam jawa
  15. 2biji tomato - belah 6
  16. 4-5biji lada hijau
  17. Beberapa biji bendi
  18. 1 kepinggula melaka
  19. 1sdt garam
  20. Sedikitserbuk perasa
  21. Air secukupnya

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Bahan disediakan. Ikan merah dicuci bersih.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak. Tumiskan daun kari, rempah campuran, dan bawang hiris hingga naik bau. Kemudian masuk bahan kisar halus. Tumis hingga garing sedikit.

  3. 3

    Masuk serbuk cili dan serbuk kari ikan. Kacau hingga pecah minyak dalam 3-4 kali dengan menambah air sedikit demi sedikit. Pastikan rempah tidak hangit.

  4. 4

    Masukkan air dalam 1 liter, tomato, lada hijau dan asam keping. Biarkan mendidih seketika.

  5. 5

    Masukkan gula dan garam serta ikan merah. Rasa sedikit sekiranya kurang masam boleh tambahkan asam jawa. Bila hampir masak, masukkan bendi. Biar sekejap dalam api sederhana. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya