Cicah Asam Ikan Bakar Kaw Mak Liha

Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
KL

#NabMY • Sebelum ni saya pernah share resepi cicah asam. Ok tu tahap biasa-biasa je. Kali ini saya kongsikan resepi yang terinspirasi dari cicah asam ikan bakar yang kami makan di Kedai Gerak 23 Kampung Baru semalam. Siapa biasa pergi sana mesti tahu kedai tepi jalan besar yang jual banyak betul lauk pauk masa makan tengah hari. Memang sedap dan banyak pilihan. Cicah asam dia yang pedas-masam- masin menyempurnakan menu-menu ikan bakar yang ada.

Macam biasa, balik rumah Mak Liha kita suka bereksperimentasi. Resepi pun telah divalidasi oleh beliau. Terangkat hidung okay! Jom kita cuba resepinya..

Cicah Asam Ikan Bakar Kaw Mak Liha

23 orang bercadang membuatnya

#NabMY • Sebelum ni saya pernah share resepi cicah asam. Ok tu tahap biasa-biasa je. Kali ini saya kongsikan resepi yang terinspirasi dari cicah asam ikan bakar yang kami makan di Kedai Gerak 23 Kampung Baru semalam. Siapa biasa pergi sana mesti tahu kedai tepi jalan besar yang jual banyak betul lauk pauk masa makan tengah hari. Memang sedap dan banyak pilihan. Cicah asam dia yang pedas-masam- masin menyempurnakan menu-menu ikan bakar yang ada.

Macam biasa, balik rumah Mak Liha kita suka bereksperimentasi. Resepi pun telah divalidasi oleh beliau. Terangkat hidung okay! Jom kita cuba resepinya..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 minit
1 hidangan
  1. A: Bahan kisar
  2. 1biji bawang merah
  3. 4-5biji cili api
  4. Sedikitbelacan (adjust ikut tolerabiliti)
  5. B: Bahan-bahan lain
  6. Bawang merah - potong dadu
  7. Cili merah - hiris nipis
  8. 2sb asam jawa
  9. Air suam
  10. 2biji limau kasturi
  11. 1sb gula melaka
  12. 1sb gula putih
  13. 1sk garam

Cara Memasak

3 minit
  1. 1

    Kisar bahan A.

  2. 2

    Dalam satu mangkuk, gaulkan asam jawa dengan air suam hingga sebati dan masukkan bahan-bahan B yang lain. Masukkan bahan A yang telah dikisar tadi. Perah air limau kasturi dan perasakan dengan gula dan garam mengikut cita rasa. Tambah air jika rasa pekat. Dah siap! Hidangkan bersama ikan bakar wow indahnya kehidupan..

  3. 3

    Amaran: Hati-hati bagi orang yang ada masalah resdung/sinus kerana boleh menyebabkan gatal-gatal hidung jika tak tahan. Risiko ditanggung sendiri 😝

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
pada
KL
Hello! Welcome to my humble crib👩‍🍳Tengah belajar masak-masak. Nota-nota masakan untuk survival diri. Resepi-resepi simple insyaAllah boleh ikut.Tekan # untuk lihat resepi mengikut kategori:1. Menu Malaysia: #NabMY2. Menu Raya: #NabRaya3. Menu Western: #NabWestern4. Menu Thai: #NabThai5. Menu Oriental: #NabOriental6. Menu Korea: #NabKorean7. Menu Sayur: #NabSayur8. Menu Air Fryer: #NabAirFryer9. Hi-Tea: #NabHiTea10. Minuman: #NabDrinks11. Eat Clean / Diet / 3S: #eatclean #sukusukuseparuh12. Menu Berpantang: #NabsPantangBtw, Mak Liha tu mak saya.Featured in:1. https://cookpadmalaysia.blog/2021/09/03/10-resipi-malaysia-comfort-food/
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya