Green Pumpkin Seeds Scone

#goldenapron2020
#sekones
Pernah beberapa kali makan scone tapi tak pernah buat. Tapi bila diberi tajuk bonus kali ini adalah, nak tak nak terpaksa buat juga sebab ini bonus untuk goldenapron 2020😅
Selepas gogel sana sini untuk info, baru la faham teknik sebenar membuat doh. Doh scone tak boleh mampat tapi kena peroi. Jadi teknik mengaul tepung dan mentega serta buttermilk sangat penting. Jika kita tersilap langkah, doh akan jadi padat dan kurang menjadi.
Kali nie mencuba resepi Miss Lina Thomas, cuma diolah sedikit mengikut bahan-bahan yang ada. Jom mencuba😘

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2
Buat homemade buttermilk dulu. Masukkan susu dan perahan lemon. Letak tepi dulu
- 3
Satukan mentega dan tepung naik sendiri di dalam bekas. Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung hingga menjadi serbuk roti.
- 4
Masukkan gula, biji labu hijau dan gaul sebati.
- 5
Campurkan telur dan vanila esen yang telah dipukul bersama buttermilk dalam satu bekas
- 6
Masukkan buttermilk sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlampau lembik dan kita boleh kawal tahap doh tersebut
- 7
Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan melekat
- 8
Keluarkan doh, taburkan tepung sedikit demi sedikit kemudian uli perlahan, lipat doh lebih 2-3 kali sehingga ia sebati dan tidak melekat di jari.
- 9
Ratakan doh kira-kira 4cm (1 1/2inci) tebal atau saiz yang kita sukai. Saya guna saiz kecil kerana adunan sikit. Tidak perlu tekan dan terlebih uli untuk mengelakkan scones jadi keras
- 10
Ambik acuan pemotong scones bulat berukuran 5 cm, saiz yang kita nak atau guna alat yang dirasakan sesuai untuk menerap. Celup ke dalam tepung penerap ke adunan tanpa memusing penerap. Angkat doh yang diterap dan susun dalam loyang pembakar
- 11
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, masukkan air dan kocakkan
- 12
Saya letak biji labu hijau atas scone sebagai hiasan (optional). Kemudian sapu dengan telur dikocak tadi. Bakar pada suhu 200 C selama 10 minit atau sehingga keemasan di atas permukaan scones (mengikut kesesuaian ketuhar pembakar masing-masing)
- 13
Scone ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis jem atau krim yang disukai. Saya hanya belah dua dan sapu dengan jem strawberi berserta buah strawberi sekali. Rupa scone sememangnya tidak cantik iaitu bukan bentuk yang kemas, jadi tidak perlu risau ya☺️
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)